Ads

Detik berganti detik,
Masa berganti masa,
Hari berganti hari,
Minggu berganti minggu,
Bulan berganti bulan,
Tahun berganti tahun …

Namun, adakah kau masih di situ?

Tatkala umur kau saban hari semakin menghampiri kematian,
Sedangkan apa yang kau usahakan tidak banyak perubahan dan tidak mampu menjadi bekalan dunia apatah lagi untuk hari selepas kematian?
Kau masih duduk dalam kegelapan. Mengharapkan cahaya perubahan yang tidak kunjung tiba.

Kau tunggu siapa? Izrail?
Kau tunggu siapa? Israfil?
Kau tunggu siapa? Mungkar Nangkir?

Kau tunggu siapa untuk memulakan sedangkan kau hidup penuh dengan alasan, tiada kekesalan dan tidak mencari penyelesaian!

2020 abad baru bakal menjelma tetapi kau semakin lenyap dimamah dek zaman kebodohan dan kemalasan tatkala ramai yang lain maju ke hadapan.

2020? Selamat Tahun Baru? Selamatkah ia untuk kau?

Kadang-kadang bukan masalah tinggi rendahnya gunung untuk didaki, sebenarnya kau memang tidak ada keinginan pun untuk memulakan langkah mendaki ke puncak dan pada waktu yang sama kau asyik merungut tentang kehidupan kau di bawah lurah!

Tahniahlah dah berniaga! Tapi buat duit tak? Kebanyakan orang takut nak berniaga tetapi awak dah mulakan. Cuma kena tahu yang bina bisnes tidaklah mudah yang disangka. Ramai yang gagal, lingkup, tidak buat duit dan akhirnya tutup bisnes dalam keadaan rugi dan memalukan kerana mereka tidak ada ilmu, MenThor bisnes dan strategi yang proven success. So berniaga tanpa MenThor umpama panjat Everest tanpa guide.

Belum campur masalah hari ini lebih ramai pesaing, tidak ada ilmu bina bisnes, pemasaran dan tidak tahu bagaimana nak buat duit. Saya sendiri dan ramai usahawan yang saya bimbing asalnya dahulu bisnes dalam keadaan bodoh, silap, buang masa dan paling teruk berhutang, tidak buat duit serta mengganggu perhubungan dan kehidupan. Bagaimana untuk bisnes berjaya? Anda perlu bersedia untuk ditunjukkan apakah strategi bisnes, pemasaran dan kewangan paling TOP dan UTAMA untuk bina bisnes berjaya 2020.

Orang yang berjaya mana sama dengan orang yang gagal dan terus gagal kan …

Orang yang berjaya mereka komited. Orang gagal? Sentiasa gagalkan diri mereka … mana saya tahu? Saya dah bimbing berpuluh ribu orang jadi usahawan yang berjaya sampai jadi jutawan dan saya juga dah lihat beribu yang lingkup dan gagal kerana sikap mereka sendiri! Anda yang mana?

Alhamdulilah transformasi 10 tahun untuk RichWorks International dari 2010 hingga 2019. Many great things berlaku, dilalui dan dicapai di RichWorks. Semoga Allah S.W.T berikan kesihatan, fit bertenaga serta lebih berkah dapat beri manfaat kepada lebih ramai lagi manusia di seluruh dunia for the next 10 years 2020-2030. Insha Allah.

Selamat Tahun Baru untuk semua. Moga tahun 2020 lebih memberi momen manis buat anda semua! Bisnes anda lebih berjaya dan dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana.

Nukilan Pesanan Buat Diri
Dr Azizan Osman

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>