Ads

Dua minggu lalu, CheSuzz  ada hantar anak ke klini sebab demam. Biasa la budak nak membesar. Clinic kecik di kawasan pekan saja. Sebab dah terdesak dah tak boleh fikir sangat untuk cari the best clinic.

Owner clinic ni seorang Doctor lelaki. Mungkin dah lama dia buka clinic ni. Singgah pun sebab itu yang paling dekat dengan rumah. Lagi pun my sister cakap anak-anak dia masa 10, 20 tahun dulu selalu dibawa ke sini. Kecuali bila dah besar sangat jadi jarang datang.

Kenapa I tak perasan pun clinic ni? Tapi takpe la yang penting kena rawat budak ni segera takut panas makin teruk.

Bila tengok signboard clinic dah makin pudar. Bila masuk ke dalam clinic teringat cerita-cerita dalam movie Melayu tahun 90-an dulu. Mengimbau juga. Poster di dinding warna kekuningan dan senget pun ada. Tidak boleh nak relate kata-kata dalam poster tu dengan hidup sekarang ni.

Dah masuk tiada siapa pun yang sambut dan tiada customer lain dalam clinic tu. Cuba jengah di tingkap kaunter ada doctor agak lanjut usianya menyambut kami dengan senyuman manis. Masih cantik gigi dia.

Selepas jelaskan masalah, kami diminta untuk masuk bilik rawatan. Doctor yang sama juga yang merawat dengan sopan dan slow motion. Lihat keadaan bilik rawatan tiada equipment yang baru atau latest technologies. Semua secara manual.

Sementara tunggu rawatan dibuat, cuba google nama clinic tapi tiada apa yang boleh dikaitkan dengan clinic ini. Yang ada cuma beberapa blog tahun-tahun sebelum ini yang bercerita tentang rawatan yang baik dan harga rawatan yang sangat berpatutan.

Tiada apa-apa promosi atau information terdapat di sini untuk dibaca. Kecuali rawatan bekam yang pernah ditawarkan dulu. Bila ditanya katanya rawatan itu tidak lagi dibuat sebab tiada permintaan.

Teringin nak tahu sedikit sejarah Doctor ini pasti hebat pada usia begini masih lagi bekerja. Dia maklumkan dulu sangat ramai pelanggan berdekatan datang ke clinic dia. Clinic ni antara yang popular zaman 90-an dulu.

Ramai staff juga dulu diambil bekerja. Ada juga seorang Business partner yang sama-sama membantu. Tapi 10 tahun kebelakangan ini jumlah customer makin berkurangan, dia agak pelik juga mula-mula tapi dia rasa mungkin orang semakin sihat atau mungkin juga terdapat banyak clinic tumbuh.

Pelik sebab kawasan tu dah pesat membangun, terlalu banyak kawasan perumahan baru sejak berpuluh tahun ini. Tapi customer makin berkurang.

Rezeki Tuhan yang bagi. Betul juga tu. Lama kelamaan staff pun sudah berhenti seorang demi seorang. Ada yang diberhentikan sebab sudah tidak ada keperluan untuk bekerja di situ. Untuk kapasiti sekarang dia seorang pun boleh handle katanya. Business partner pun sudah tiada, ada masalah sikit dia malas nak cerita.

Cuba tanya tentang anak-anak pula, dia sangat bangga dengan anak-anak dia. Ada 3 orang semua menjadi Doctor. Tapi mereka tidak berminat untuk sambung Business dia dan ada seorang masih terikat bekerja dengan kerajaan bertahun lagi.

Anak-anak pun buka clinic sama macam dia tapi jauh di negeri lain mengikut pasangan masing-masing. Takpe dia pun bukan ada kerja lain kalau duduk di rumah pun. Baik duduk di clinic badan pun tidak lenguh kalau asyik baring. Lagi pun dapat juga bantu sesiapa yang perlukan khidmat dia.

Saja bergurau tanya dia sampai bila nak terus bekerja. Dia jawab selagi mampu memandu ke clinic dan selagi boleh melihat dia akan cuba teruskan.

Selesai urusan rawatan. Dia memberi kata-kata nasihat pada kami tentang penjagaan kesihatan dan apa supplement yang perlu untuk kakak-kanak. Semua tu boleh dibeli di farmasi atau clinic lain. Baik hati dia.

Selepas itu kami ke kaunter untuk ambil ubat dan buat bayaran. Agak lama juga tunggu untuk ambil 3 jenis ubat yang ditulis dengan tangan. Cantik tulisan dia. Cuba tanya beberapa kali tentang cara nak makan ubat sebab macam kurang jelas.

Dia dengan sabar melayan kerenah dan tak jemu untuk terang balik. Bukan apa takut kalau tersalah bagi ubat jadi lain hal pulak.

Sepanjang berurusan tu tiada customer lain masuk. Sangat mudah sebab tak payah bersesak. Cuma dalam hati agak risau kalau dia tersalah bagi ubat. Tapi kakak I sangat positif sebab dia tidak pernah ada pengalaman buruk pun dengan clinic ini. So follow je la.

Mungkin ramai juga orang macam I mungkin juga masih ramai lagi customer dia yang macam kakak I. Doctor tu pun ada share tadi kebanyakan customer dia yang memang dia kenal dari dulu. Kecuali kes-kes terdesak sekali sekala baru ada customer baru.

Dalam perjalanan balik macam-macam yang I fikirkan. Sedih pun ada. Terfikir juga kebenaran apa yang Doc sungguh-sungguh suruh kita buat dalam setiap sesi mentoring dia.

Apa pun, mana halatuju Business macam ni? Bila relate balik dengan apa yang kita buat dengan Business kita sekarang, adakah kita juga akan jadi begitu? Apakah exit plan kita? Macam-macam persoalan. Bagaimana nak pastikan Business kita terus relevant dalam industry masing-masing.

Perkara begini yang usahawan perlu ambil kisah. Jangan hanya sekadar duduk termenung sahaja. Sentiasa persiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang mungkin berlaku. Plan apa yang anda patut buat untuk pastikan bisnes anda sentiasa berjaya dan berkembang pesat!

CheSuzz
Vice President High Net Worth Client

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>