
Ramai orang nak ubah hidup dan bisnes mereka, tapi tak ramai orang bertindak pantas untuk capai impian mereka. Pihak RichWorks sangat teruja dengan semangat dan komitmen peserta yang hadir ke Program Nak Ubah Hidup 2020 pada 25-27 Januari 2020 yang lepas. Sangat ‘amazing’ dan luar biasa!
Tiada lagi propaganda ‘Melayu malas’ apabila mereka semua sanggup berkorban masa cuti mereka sempena Tahun Baru Cina yang lepas. Satu kejayaan yang membanggakan apabila program ini mendapat lawatan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah turun padang melihat sendiri usaha dan kejayaan anak Melayu bangkit dalam dunia perniagaan.
Setiap peserta yang hadir, mereka datang membawa satu azam untuk ubah kehidupan, keluar dari belenggu hutang, bebas dari kemiskinan hidup dan nak capai impian mereka.
Tahniah kepada mereka yang dah buat tindakan nak ubah hidup mereka! Adakah anda juga dah buat tindakan yang sama?
Program Nak Ubah Hidup 2020 adalah titik permulaan langkah kejayaan kepada 13 ribu peserta yang hadir. Berbekal semangat dan kesungguhan yang mereka tunjukkan, ada antara mereka sanggup hadir walaupun mereka dalam keadaan yang susah dan sanggup berkorban wang ringgit.
Untuk maklumat lanjut tentang Program NUH ini anda boleh klik di sini https://nakubahhidup.com/
Anda boleh baca dan lihat sendiri feedback daripada beberapa peserta ini ketika di Program NUH 2020


