Ads

Antara benda paling mahal CheSuzz capai di RichWorks ini adalah keikhlasan bekerja. Bukan dulu tidak ikhlas tapi pemahaman tentang ikhlas itu lebih mendalam. Cara bekerja, perlaksaaan kerja, kehendak kerja, permerhatian cara Founder kami bekerja, pengorbanan dia, pemikiran dia, kegigihan dia membuka minda. Bila dibandingkan dengan diri ini amatlah kerdil rasanya.

Bila dah rasa kerdil, tentu rasa tidak selesa maka improvement demi improvement berlaku, niat bekerja dah bertukar, bila buat salah rasa bersalah tu bawa ke lubuk hati, paksa otak berfikir, lihat semua sudut sebelum buat keputusan, sentiasa nilai diri, banyak bercakap dengan diri sendiri dan gosh!! bukan mudah for a simple word of Ikhlas ini.

Jadi CheSuzz nak share sedikit, mungkin boleh di Share-Share juga dengan key leader masing-masing. Maksud ikhlas ini kalau dirujuk Kamus Dewan bermaksud “hati suci, tidak menipu atau berpura-pura”. Dari situ kita sudah boleh nilai diri kita sendiri sejauh mana keikhlasan kita bekerja akan menentukan keberkatan hidup dan gaji yang kita dapat.

Simple contoh: CheSuzz selalu pesan pada team, kita bekerja jangan terlalu berkira tentang jumlah masa kita patut bekerja. Give more. Jangan nak ikut contract sangat. Jangan nak ikut Employee Handbook sangat. Sebab kita tidak tahu keberkatan kita bekerja dari 8:30 pagi sampai 5:30 petang itu benar-benar berkat. Ada masa kita terlebih ambil masa untuk berehat, bersolat, berbual kosong, terpaksa buat kerja peribadi, urusan peribadi, terlewat masuk dan macam-macam hal yang tidak dapat dielakkan. Tu belum “terguna” pen, kertas, barang-barang company for no reason selain kerja. Jadi adalah lebih baik kita beri lebih dari sepatutnya 100%, 200% tiada hadnya. End of the day it is our company juga dan kita pun tidak mahu dipersoalkan halal haram di kemudian hari. Jiwa tak tenang tu mungkin ni juga puncanya.

Lagi satu keikhlasan ini tidak boleh dibuat-buat atau fake ikhlas. Sebab bila tiada ikhlas dari hati, tiada keberkatan dan lambat laun akan terpancar jua.

Antara perkara yang kita buat boleh terpancar ke tidak keihklasannya adalah bila:

  1. Kita beria-ria mahu semua bantu siapkan sesuatu kerja tapi kita tidak peduli pun hasil kerja itu, result dari kerja itu, impact yang berlaku kerana kita hanya mahu siapkan saja.
  2. Kita hanya perlukan rakan sekerja yang lain bila kita perlukan sesuatu. Most of the time we just do our own work.
  3. Kita tidak ada masa nak offer diri untuk membantu sekiranya orang lain perlukan bantuan.
  4. Kita buat sesuatu kerja sebab kita mahukan pujian atau imbuhan. Bila tiada kita tidak muncul.
  5. Kita hanya buat tasks yang kita suka sahaja. Kita cuba elak terlibat tasks yang menyusahkan, alasan terlalu sibuk.
  6. Kita selalu akan bersungut walaupun hanya tentang perkara yang remeh temeh.
  7. Kita gemar berbual benda-benda yang kurang berfaedah dan rapat dengan orang yang sama minat seperti ini.
  8. Kita cuba mencari salah orang lain untuk tutup salah sendiri. Kadang-kadang terlalu ketara sehingga kita tidak perasan.
  9. Kita jarang berterima kasih bila dapat bantuan kecuali ada orang yang berkepentingan.
  10. Kita akan ter“overlook” banyak perkara terutama perkara yang tiada beri apa kredit kepada kita walaupun itu tangggungjawap kita.
  11. Most of the time kita bagi pelbagai alasan untuk tidak buat extra work dan tidak mahu berfikir lebih.
  12. Kita selalu ada agenda tersembunyi dan tidak transparent dalam tindakan kita.

Walaupun perkara ini mungkin remeh bagi sesetengah orang. Tapi sekiranya tidak dipantau atau dibendung akan menjadi virus dan environment jadi tidak sihat. Impact juga pada quality kerja, performance, credibility and image company.

Bagi yang sedar, masih boleh diperbaiki dan muhasabah diri sentiasa. Kita manusia tidak lari dari salah dan banyak kelemahan. Banyak sisi yang kita tidak nampak. Yang penting kita mahu berubah untuk jadi lebih baik setiap hari. Hope membantu In sha Allah.

#IAmATitan
#ShareShare
#NakUbahHidup

Credit to:  VP High Networth Client Che Suzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>