Ads

Anda pasti dah pernah tengok cerita animasi Kung Fu Panda. Lucu tapi penuh pengajaran. Anda juga pasti dah pernah tengok Karate Kid – tak kiralah sama ada versi Ralph Macchio dengan Pat Morita atau versi Jaden Smith dengan Jackie Chan atau cerita Rocky dan Creed, dengan pelakon utamanya Sylvester Stallone yang memaparkan aksi perlawanan dan coach dua generasi.

Jika mahu disenaraikan terlalu banyak filem yang memaparkan hubungan antara mentor dan mentee atau dengan anak didik mereka. Satu hubungan yang unik, yang selalunya melibatkan emosi dan ada kalanya penuh aksi.

Mentor adalah seorang insan yang pakar dalam bidangnya, tahu dengan jelas selok beloknya, ada formula rahsia kejayaan sendiri dan yang penting tak lokek untuk berkongsi ilmunya dengan orang lain.

Ironinya, tidak mudah untuk mencari seorang mentor yang pernah berjaya yang mahu berkongsi rahsia kejayaannya dengan orang lain. Dan, ada mentor yang hanya berkongsi ilmunya hanya untuk insan-insan terpilih sahaja yang mempunyai sikap, pemikiran dan matlamat yang sama dengan mentornya.

Fungsi mentor bukan untuk membelai-belai anda seperti seorang ibu membelai bayi.  sedangkan ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan pun, ada kalanya menggunakan ‘kekerasan’ untuk mendidik kita, apalah lagi seorang yang bergelar mentor. Jika anda mahu ada mentor, pastikan anda bersedia untuk ditolak, dipaksa, dibiarkan kesakitan tanpa belas kasihan, diterjah dari segi emosi serta fikiran. Kerana mereka sebenarnya faham, tiada kesakitan tiadalah kejayaan – no pain, no gain!

Dalam apa saja bidang, sukan, pendidikan, termasuklah perniagaan anda perlukan mentor. Jika anda serius nak berjaya dalam apa sahaja bidang yang anda nak kuasai, anda boleh berusaha sekuatnya. Pasti akan berjaya, tapi jika anda ada mentor, ianya akan menjadi jauh lebih baik. Ada 7 sebab kenapa anda perlu cari mentor, jurulatih atau coach untuk bantu anda.

  1. Hanya Mentor Memahami Anda

Perjalanan kejayaan itu adakalanya sangat sunyi.  Bila kita ada matlamat dan impian dan kita punya tekad yang kuat untuk mencapainya, kadang-kadang kita akan rasa keseorangan.  Ramai yang tidak menyokong kita atau menjauhkan diri, dan ketika ini hanya mentor yang faham apa yang anda mahukan.

  1. Mentor Dah Terlebih Dahulu Makan Garam

Sepanjang jalan mencapai kejayaan, pasti ada banyak cabaran yang akan dilalui. Selalunya, mentor yang dah pernah berjaya juga pernah melalui jalan dan ranjau berduri yang sama. Oleh itu, mereka sangat arif tentang bagaimana nak menghadapinya, apa yang perlu dibuat dan apa langkah seterusnya yang perlu diambil. Mereka tahu jalan mana yang salah dan keputusan mana yang membawa kerugian.

  1. Manusia Perlukan Bantuan Untuk Kekal Fokus Dan Komited

Dalam hidup manusia setiap hari, setiap saat akan ada terlampau banyak gangguan atau ‘distraction’. Gangguan yang datangnya dari manusia, dari bahan elektronik bahkan dari makanan! Manusia kan mudah lalai dan lupa! Fungsi mentor ialah untuk tarik balik diri anda ke jalan yang betul untuk mencapai matlamat anda.

  1. Bantu Ukur Jauhnya Perjalanan Dan Pencapaian Anda

Dalam perjalanan kejayaan, kadang-kadang kita terlampau berusaha, sehingga kita tak pasti adakah apa yang kita usahakan dan apa yang kita nak capai adalah ‘on track’ atau mengikut perancangan yang sepatutnya. Kita tak pasti dan mungkin tak nampak adakah tindakan yang lepas, pada fasa yang lepas adalah betul? Adakah perlu diulang balik atau dibesarkan skill tindakan yang sama untuk lebih cepat berjaya. Dengan adanya mentor, mereka akan dapat lihat perkara seperti ini yang kita sendiri mungkin dah tak perasan.

  1. Empangan Emosi

Kadang-kadang manusia kalah dengan permainan emosi. Emosi yang tak terkawal akan menggangu perjalanan kejayaan. Terutamanya bila ada halangan dan masalah. Emosi akan datang menggangu kita terlebih dahulu, mengacau fikiran dan fokus sehingga melemahkan tindakan. Mentor yang dah pernah berjaya dalam bidang yang sama akan mudah perasan jika anak didiknya ‘bermain emosi’ yang melampau dan boleh bantu untuk tarik mereka supaya lebih kawal emosi.

  1. Penanda Aras Kejayaan

Ramai orang gagal kerana mereka tak tahu apa penanda aras kejayaan yang mereka nak capai. Apa ukurannya? Sejauh mana dan secepat mana? Mentor akan bantu anda untuk capai satu tahap ‘benchmark’ yang dah diberi, atau jika mentor itu bagus, mereka akan ‘push’ anda untuk buat lebih baik serta lebih berjaya dari diri mentor itu sendiri. Mentor yang bagus akan bantu anda untuk ‘break their own records’!

  1. Bantu Tarik Tangan Anda Bila Anda Jatuh

Dalam usaha nak mencapai kejayaan, pasti ada masanya anda akan jatuh. Jika anda jatuh dan anda tak ada mentor, anda akan payah untuk bangun dan teruskan langkah. Tapi dengan mentor, dengan mudah dia akan tarik anda bangkit kembali dan cek balik di mana kesilapan yang dah dilakukan.

Mentor dan Mentee adalah satu hubungan yang sangat unik. Mereka akan push anda, ‘tekan’ dan paksa anda kuat-kuat demi nak lihat anda lebih berjaya.

Dalam kajian yang dibuat oleh Harvard Business Review – dari 45 orang CEO bisnes ternama yang telah menjalani program mentoring 71% peratus mengatakan result syarikat mereka adalah lebih baik selepas mereka menjalani sesi mentoring berbanding sebelumnya. Dan yang paling penting, 84% peratus dari mereka bersetuju bahawa mentor membantu mereka untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang membawa kerugian yang besar kepada syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>