Ads

Buat julung kalinya, RichWorks menganjurkan Program Zero To Million (ZTM) pada 11 hingga 13 October 2019 dengan kehadiran seramai hampir 2,000 peserta bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam. 

Alhamdulilah dengan komitmen yang diberikan peserta, program berjalan lebih lancar. Tambah teruja apabila beberapa orang selebriti turut hadir memeriahkan lagi program ini. Antara yang hadir adalah Hanez Suraya dan Fazli Zainal. 

Lagi tambah menarik adalah, program kali ini di run oleh salah seorang Vice President RichWorks iaitu Tuan Hafiz Jasmi selaku Vice President – SBU Mentoring Program dan Head of SPIRE Mentorship Program! Memang kami dari RichWorks turut teruja dengan penampilan sulung Tuan Hafiz Jasmi di hadapan 2,000 peserta yang datang untuk menuntut ilmu. 

Pun begitu, kejutan yang disangka-sangka telah berlalu pada 12 October iaitu hari kedua program berlangsung. Dr Azizan Osman turut datang memberi kejutan kepada semua pesertanya. Kehadiran beliau kali ini membuatkan ramai yang menitiskan air mata kerana begitu teruja dan bersemangat melihat Mentor mereka walaupun mempunyai sedikit masalah kesihatan namun tetap datang memberikan semangat kepada yang hadir pada ZTM ini.

Kehadiran Dr Azizan Osman pada hari kedua program adalah kejutan yang tak disangka oleh peserta Zero To Million

Zero To Million adalah program sebahagian dari program MMM yang mana program ini meliputi content Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mengajar anda bagaimana untuk menjalankan marketing yang betul kepada target market / pelanggan anda.

Dengan ilmu yang betul, teknik yang betul dan Mentor yang betul, ianya akan membantu bisnes anda. Sebagai contohnya, kalau copywriting anda padu sangat tapi tak ada ekspresi, emosi dan excitement – dia tak akan bawa marketing anda ke mana-mana. Silap-silap anda sendiri yang like Copywriting sendiri. Mungkin kalau anda ada staff, anda boleh la paksa staff anda likes dan share. Tapi sampai bila? Betul betul?

Dan, kalau anda buat bisnes tapi tak ada energy, cakap pun macam lemah semacam jer, masuk office pun longlai, bisnes pun tak akan pergi jauh mana. Memang berasap kepala! 

Dalam program 3 hari berlangsung, banyak point-point penting yang menusuk jiwa tentang ilmu marketing yang usahawan perlu ambil kisah kerana sales dan marketing adalah kunci bagi bisnes anda. 

Hidup ni kena buat keputusan. Keputusan apa yang anda nak ubah dalam hidup anda. Adakah anda nak stay pada level yang sama atau nak buat 10 kali ganda lebih baik.

Antara reaksi peserta yang bersemangat menuntut ilmu di program Zero To Million

Spend time untuk belajar, tonton video-video yang RichWorks beri dan buat tindakan sehingga anda nampak peningkatan dalam bisnes. Buat pilihan dan keputusan untuk berubah sebab ianya perlu berlaku sekarang, now or never.

Kalau tak anda akan stay di level yang sama je..macam dulu juga.Bila dah pilih untuk berubah, pilih suasana dan persekitaran yang membantu anda untuk berubah.

Kami sangat ‘care’, ambil berat dan nak sangat anda semua berjaya. Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat teruk di tahun 2020, dengan banyak syarikat tutup dan orang dibuang kerja – anda kena buat sesuatu, mulakan sesuatu supaya bisnes anda melonjak di tahun hadapan.
Kepada anda yang sudah mendaftar ke program MMM. jumpa anda pada bulan November ini! Kepada yang belum mendaftar dan mahu menjadi sebahagian daripada keluarga RichWorks, anda boleh terus DM team (https://marketingmastery.com.my/)  kami. Moga terus sukses selalu ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>