
“10 tahun lepas, ibu dan ayah saya abaikan saya selepas saya buat keputusan untuk mendalami Islam dan berkahwin dengan gadis Melayu berasal dari Kelantan yang kini dah menjadi isteri kesayangan saya. I married against their blessing atau bahasa mudah kahwin lari!”
Kehidupan yang dihadapi Dato Dr Muhammad Rayyan Abdullah yang mengendalikan bisnes Rayyan Medical Service Sdn Bhd ini tak mudah. Tidak mendapat restu dari kedua ibu bapa menyebabkan perjalanan hidupnya yang dialami seolah-olah kosong.
Kedua ibu bapanya berpisah dan membawa haluan masing-masing. Dan ini menyebabkan dirinya masih tegar untuk tidak bertemu dengan mereka.
Selepas ke program Nak Ubah Hidup, segalanya berubah. Kata-kata dari Dr Azizan Osman yang mengatakan bahawa ibu bapa adalah sebahagian daripada hidup kita, Dr Rayyan mulai tersedar. Air yang dicincang tak akan putus, begitu juga hubungan antara anak dan kedua ibu bapanya.
“2 tahun lalu saya dapat call dari kakak saya. Dia cakap abang-abang saya menghantar ibu saya ke rumah orang tua. Tanpa buang masa saya terus pergi melawat ibu saya. Ini adalah hari yang paling sedih dalam hidup saya. Ibu saya tak dapat mengenali saya! Dia mengidap dementia dan Alzheimer,” jelas Dr Rayyan sayu.
Allahuakbar! Sedihnya hanya Allah yang tahu…seorang ibu yang mengandungkan anaknya dah tak mengenali anaknya lagi. Usia yang meningkat membataskan lagi ibu ini untuk mengingati setiap perkara yang berlaku.

Dr Rayyan segera membawa pulang ibunya dan menjaga keramat hidupnya ini. Allah bagi peluang untuknya untuk mendapatkan restu untuk menjaga ibunya. Apa yang lebih menyedihkan, dia tak dapat untuk meminta maaf kepada ibunya kerana ibunya tak lagi mengenalinya malah sesiapa pun yang berada di sampingnya. Ya Allah, sedihnya…
Dr Rayyan sentiasa berdoa kepada Allah agar ibunya diberi kesihatan yang lebih baik dan memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Selepas bertemu ibunya, Dr Rayyan mula mencari ayahnya. Selepas 25 tahun, akhirnya Allah gerakkan hatinya untuk bertemu dengan ayahnya. 25 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Soalan pertama yang keluar dari mulut ayahnya adalah “Kenapa kau tak datang awal?”
Berjujuran air mata selepas mendengar soalan dari ayahnya itu. Dia segera mohon maaf kepada ayahnya dan melepaskan apa yang terbuku di hati seorang anak. Perasaan marah, sakit hati semuanya terpadam hanya dengan berjumpa dan menatap wajah seorang ayah.

Terkadang kita terlalu ego dan takut dan banyak berfikir benda yang tak betul. Selalu bersangka buruk antara satu sama lain. Selepas bertemu dengan kedua ibu dan ayahnya, hatinya kini tenang dan dia merasakan hari yang dihadapinya lebih hebat dari sebelum ini. Inilah kuasa Allah.
Kadang-kadang kita memerlukan orang di sekeliling kita untuk memberi semangat kepada kita. Kadang-kadang kerja yang kita lakukan kita rasa serba tak kena disebabkan perkara yang kita anggap kecil ini tapi kesannya sangat besar kepada hidup kita.
Program NUH telah membuka matanya untuk mencari ayahnya dan berkhidmat untuk ibunya. Berada dalam Program Mentoring Titanium pula membantu perjalanan bisnesnya. Jelasnya, RichWorks telah membantu bukan dari segi perbaiki dirinya sendiri malah dari segi hala tuju syarikatnya juga.
“Apa yang kita fikir, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa itu action yang kita akan dapat. Thank you Dr Azizan Osman and RichWorks team kerana membantu saya.”
Adakah korang mahu menyuntik semangat baru dalam diri? Adakah korang mahu ubah diri korang supaya lebih baik lagi selepas ini?

Kami di RichWorks sentiasa mahu bagi yang terbaik kepada korang. Klik www.richworks.com/wasap kalau korang mahu jadi yang terbaik dalam hidup sekarang.
#ResultMatters
#ResultIAmATitan