Ads

RichWorks bongkar rahsia kenapa ada orang sentiasa gagal dalam hidupnya.

Berterusan berjaya dalam hidup atau gagal bertimpa-timpa adalah satu pilihan. Tidak ada orang yang dilahirkan terus berjaya dalam hidupnya dan tidak ada juga orang yang dilahirkan untuk terus gagal. Ianya satu proses yang perlu dilalui oleh setiap manusia.

Walau bagaimanapun, ramai orang tak tahu ada sebab utama kenapa sesetengah orang mudah bangkit dari kegagalan dan terus berjaya dan ada juga orang yang berulang kali ditimpa kegagalan yang sama.

Kami yakin anda dah biasa dengar kisah kegagalan dan kejayaan individu terkenal di dunia dan ramai antara mereka pernah gagal lebih dari sekali malahan ada yang lebih dari 100 kali. Tapi ukuran berapa kali gagal akan terlihat hebat dengan apa pencapaian yang dihasilkan. Contohnya seperti Colonel Sanders yang telah mencuba untuk menjual resipi ayamnya 99 kali dan hanya kali ke 100 dia berjaya.

Berapa ramai dari anda kenal seseorang yang berulang kali hadapi kegagalan yang sama dalam hidupnya? Berapa ramai dari anda yang perasan, ada orang yang anda kenal suka buat bisnes tapi entah berapa kali dia asyik gagal dan bertukar-tukar bisnes?
Memang benar, kejayaan adalah hasil dari usaha yang dibuat selepas beberapa kali gagal. Tetapi jika kita boleh pendekkan jangka masa kegagalan kenapa masih nak biarkan hidup kita hadapi gagal demi gagal untuk jangka masa yang lama?

Tahun 2020 bakal hadir tak lama saja lagi. Setiap kali tahun baru, ramai orang mula ada azam baru sedangkan azam yang tahun-tahun lepas masih tak tercapai. Atau ada juga orang yang masih teruskan berusaha untuk capai azam-azam yang lalu tapi kenapa masih gagal.

Menurut Harvard Business Review – satu kajian telah dijalankan oleh Kellog School of Management di mana mereka telah mengkaji satu set data di kalangan usahawan, saintis malahan organisasi teroris untuk mengkaji dan lebih memahami perbezaan-perbezaan kecil di antara kejayaan dan kegagalan.

Berdasarkan kajian tersebut, orang yang berhadapan dengan kegagalan di peringkat awal lebih mudah capai kejayaan dan dari satu sudut lain mereka juga berpendapat kadar kegagalan adalah penentu bagaimana seseorang akan berada pada tahap ‘stagnant (kekal pada satu tahap tanpa apa-apa perubahan)’  atau kejayaan.

MenThor anda – Dr Azizan Osman dan RichWorks selama mengendalikan program semenjak tahun 2008 telah mengenalpasti banyak faktor yang menyebabkan seseorang terus gagal walaupun mereka telah mencuba dan berusaha banyak kali.

Kali ini kami nak highlightkan 1 saja punca utama manusia gagal berulang kali. Ianya adalah kerana mereka cuba berusaha dengan ilmu, kepandaian, kemahiran dan pengetahuan yang sama dan yang mereka ada sahaja. Ilmu ini juga mereka gunakan dalam percubaan yang lepas-lepas.

Dan keadaan menjadi semakin buruk bila mereka tak ada ‘tracking system’. Mereka tak rekod apa usaha mereka yang betul dan mendatangkan hasil dan apa yang mereka buat salah menyebabkan mereka terus ambil tindakan melulu.

Pada tahap ini, mereka akan berada pada tahap statik dan apa yang mereka lakukan tidak mendatangkan hasil yang lebih baik kerana mereka tidak tahu dan tidak jelas dengan tindakan sendiri.

Ibarat seperti kanak-kanak mahu belajar naik basikal, ada yang cepat berjaya naik basikal ada yang tidak. Yang cepat belajar mungkin sudah kenal pasti cara kayuhan yang membantu mereka berjaya, cara kawalan yang mereka perlukan dan mereka juga ada orang yang boleh bantu ajar cara kayuhan yang betul. Ada juga yang memberi semangat, menunjukkan destinasi mana yang mereka nak pergi berbanding yang hanya nak belajar tanpa tahu dengan jelas macam mana kayuhan yang betul, hala tuju yang betul, bagaimana nak kawal serta jauh mana destinasi yang mereka nak kayuh.

Dalam perniagaan pun sama. Ramai yang gagal berkali-kali dalam bisnes kerana mereka tidak kenal pasti apa yang betul yang mereka lakukan dan apa yang tidak menyebabkan mereka bertindak melulu. Dan, tanpa ada ilmu mereka akan ulangi kesilapan yang lama kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya dengan lebih baik.

Kegagalan untuk upgrade ilmu, pengetahuan, dan kemahiran adalah punca utama kenapa ramai orang berterusan gagal. Ini juga adalah kunci kenapa ramai ahli Titanium RichWorks dapat buat pecutan dan peningkatan dalam bisnes sebaik sahaja mereka mula belajar dan komited menuntut ilmu dengan Top 50 Marketing & Andvertising Leaders – Dr Azizan Osman.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>