
Pada Selasa, 5 Februari 2019, Richworks International Sdn Bhd, penganjur seminar terbesar di Malaysia, telah menganjurkan satu majlis Makan Malam bertemakan Bangsawan bagi meraikan Bangsawan Titanium yang terdiri daripada lebih dari 180 orang usahawan yang mempunyai pelbagai jenis bisnes meliputi pelbagai industri dalam negara.
Majlis yang penuh gilang-gemilang tersebut berlangsung di The Westin Hotel, Langkawi selari dengan Inner Circle Meeting (ICM), program yang dianjurkan oleh RichWorks kepada semua Bangsawan Titanium RichWorks setiap tahun bagi sesi Coaching bersama Dr Azizan Osman yang berlangsung bermula 5 Februari 2019 hingga 8 Februari 2019.
Pemilihan tema Bangsawan ini adalah kerana Bangsawan itu sendiri melambangkan jati diri, kemasyuran dan memperlihatkan betapa gahnya adat dan budaya Melayu. Ini adalah definisi secara umum namun apabila dikaitkan dengan Bangsawan Titanium, perkataan bangsawan itu sendiri melambangkan Bangsa Usahawan.

Seramai 40 pemenang dianugerahkan pelbagai anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh pihak RichWorks. Selain itu, majlis penuh istiadat yang diberi nama Majlis Anugerah Bangsawan Titanium ini juga berlangsung untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi dan peningkatan terbaik dalam bisnes mengikut kategori yang dianugerahkan sepanjang tahun 2018 dan ianya mendapat liputan di Facebook Page kami.
Sebanyak 14 anugerah telah diberikan kepada usahawan dari kumpulan Bangsawan Titanium yang mengikuti program mentoring dan coaching bersama Dr Azizan Osman sepanjang satu tahun tersebut. Anugerah khas ini juga diberikan kepada mereka bagi memberi inspirasi kepada bangsa usahawan di luar sana untuk terus bangkit dalam industri bisnes.
Pemenang turut menerima trofi dan juga selempang sebagai penghargaan kepada mereka yang dari hari ke hari berusaha untuk memacu peniagaan supaya berkembang lebih maju di samping membina legasi Bangsa Kaya dan Berjaya.
Semoga kejayaan mereka ini menjadi inspirasi kepada semua usahawan / individu / netizen bukan sahaja di dalam negara malah turut menjadi ikon di luar negara.
SENARAI ANUGERAH MENGIKUT KATEGORI:
1. GREAT TITANIUM AWARD 2018
Pn Kartika Wati Mohamed
ESKAYVIE SDN BHD
2. BEST PREMIERSHIP AWARD 2018
Tn Das Abdul
DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD
3. BRAND INDUSTRY RECOGNITION 2018
Tn Hj Mat Hji Jantan
HAJI MAT HAJI JANTAN SDN BHD
Cik Pn Siti Aisha Mat
HAJI MAT HAJI JANTAN SDN BHD
4. EXCELLENCE IN LEADERSHIP 2018
Pn Nur Aini Zolkepeli
NURRAYSA SDN BHD
Tn Saiful Anuar Seliman
NURRAYSA SDN BHD
Tn Sudirman Abdul Rahman
REZKIFAJAR SDN BHD
5. TITANIUM SPECIAL RECOGNITION 2018
Tn Mohd Najib Asaddok
MOMENTUM INTERNET SDN BHD
6. EMERGING BUSINESS OF THE YEAR 2018
Pn Noraida Aznita Azizan
CHE NOOR FOOD SOLUTIONS SDN BHD
7. BEST NEW TITAN 2018
Tn Mohd Fairus Samsuddin
SARIFAH JB CATERING
8. BEST INTEGRATED MARKETING
Pn Kartika Wati Mohamed
ESKAYVIE SDN BHD
9. YOUNG ENTREPRENEUR AWARD 2018
Tn Muhammad Asyraf Badrul Hisham
FIERA DESIGN
Tn Che Eddie Asuan Che Aziz
DEINA GLOBAL SDN BHD
10. OUTSTANDING ACHIEVEMENT 2018
Pn Halimah Muda
FESYEN NUR IDAMAN
Tn Mohd Shukri Abdul Rahman
FESYEN NUR IDAMAN
Pn Suhaila Fauzi
FESYEN NUR IDAMAN
Pn Siti Mariam Abd Samad
CTMARY RESOURCES SDN BHD
Tn Muhamad Abdul Halim
CTMARY RESOURCES SDN BHD
Tn Mohd Hasbullah Awang@Hassan
HASNURI SDN BHD
Pn Nuriah Zakaria
HASNURI SDN BHD
Pn Nurul Aida Rosli
AR WEALTH LEGACY SDN BHD
Tn Mohamad Khairul Muiz
AR WEALTH LEGACY SDN BHD
11. MOST CELEBRATED TITANIUM 2018
Datin Sailajah Selveekam
TOTAL BEAUTY FOR YOU SDN BHD
Pn Nur Bashirah Hussin
FASYEERA SDN BHD
Tn Aizat Zulhailie Abu Bakar
AZRAIZAT GLOBAL SDN BHD
Pn Siti Aisyah Kamaruddin
AYAQ WORLD SDN BHD
Pn Siti Noor Sabrina Sobri
SABRINA BAKERY SDN BHD
12. EXCELLENCE & INNOVATIVE IDEAS 2018
Tn Wahi Abd Rashid
GREEN MATRIX TRAVEL & TOURS
Pn Nurshirley Kamilia
GREEN MATRIX TRAVEL & TOURS
Tn Rosli Ismail
OLI COLLECTION SDN BHD
13. BRAND EXPERIENCE 2018
Pn Zuraida Ja’afar
WEDDING & EVENTS BY EMMA
Tn Megat Shaifulreza Shukor
LLH LEGACY
Pn Siti Khawa Jannah Nasuha
NASUHA ENTERPRISE SDN BHD
Tn Mohd Hafizan Yusoff
NASUHA ENTERPRISE SDN BHD
14. MOST CONSISTENT ACHIEVEMENT 2018
Tn Razikin Md Ardan
CINTA DUA SDN BHD
Pn Siti Fatimah Abd Samat
SABELLA HOLDING SDN BHD
Tn Mohd Sufian Sulaiman
SABELLA HOLDING SDN BHD
Dr Siti Juariah Kusni
POLIKLINIK PENAWAR
Tn Muhamad Azahar Azmi
AYDEN AVERROES HOLDINGS SDN BHD