Ads

Ramai yang akan mula ‘kalut’ sekiranya kewangan mereka melimpah ketika bisnes dah semakin maju. Malah ada yang ‘cuak’. Bisnes dah semakin maju tapi tak tahu nak jaga kewangan. Adakah wang yang ada digunakan di tempat yang betul dan tepat? Bagaimana pulak nak menjaga kewangan yang dah melimpah ni?

Pengurusan wang yang berkesan adalah faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan kepada perniagaan anda. Sebagai pemilik perniagaan, anda harus memerhatikan kewangan perniagaan anda, dan mengetahui berapa banyak wang yang diperoleh perniagaan terhadap berapa banyak syarikat anda membelanjakannya. Yang paling utama adalah menguruskan aliran tunai anda dengan cekap adalah penting untuk memastikan perniagaan anda berjalan lancar.

Kalau anda tidak merancang sekarang, makanya anda merancang untuk gagal. Kewangan sangat penting untuk diuruskan terutamanya ketika perniagaan anda berkembang.

Bagaimana Cara Menjaga Kewangan Yang Melimpah Ruah Ketika Bisnes Dah Semakin Maju

1.Buat Anggaran Belanjawan Perniagaan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat anggaran. Anggaran perniagaan pendapatan berbanding perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Belanjawan adalah satu alat perancangan yang baik. Ini kerana belanjawan mampu menolong anda merancang untuk memperoleh dan menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk suatu tempoh yang spesifik.

2.Asingkan Kewangan Peribadi dan Kewangan Perniagaan

Tidak kira apa juga perniagaan yang dilakukan adalah lebih baik untuk asingkan duit peribadi dan duit perniagaan kerana dengan cara ini akan membantu untuk majukan bisnes yang dilakukan.

Untuk menjejak aliran pendapatan dengan betul, penting untuk memastikan kewangan peribadi berasingan daripada perniagaan anda. Menggunakan akaun bank atau kad kredit yang sama untuk kewangan peribadi dan perniagaan boleh menyebabkan isu utama untuk perniagaan.

3.Mempunyai strategi yang berkesan

Bagi memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Kalau tak impian anda akan musnah begitu saja.

4.Jaga duit tunai syarikat

Sama ada anda sedar atau tidak, banyak syarikat lingkup sebab duit tunai tak ada dalam poket atau dalam akaun bank syarikat. Banyak syarikat secara atas kertasnya menguntungkan, tetap bungkus juga akhirnya bila tak ada tunai nak bayar bil.

Apabila syarikat anda dah berkembang, jagalah duit tunai syarikat anda itu sebaiknya kerana duit tunai adalah hidup dan mati syarikat. Bila tak ada duit nak bayar gaji, nak bayar pembekal, bil, hutang dan sebagainya, syarikat akan mati dengan cepat. Bukan itu saja, reputasi anda juga akan menjadi buruk. Potensi nak bangun semula menjadi lebih sukar bila tak ada orang yang mahu berurusan dengan anda.

5.Buat simpanan

Duit dah banyak, takkan nak belanja saja? Buatlah simpanan untuk masa hadapan. Kita tak boleh hidup sekiranya perniagaan kita di masa hadapan apa yang bakal berlaku. Ekonomi sekarang yang kurang menentu boleh mendatangkan bahaya kepada syarikat anda sekiranya anda tidak ada simpanan di masa hadapan.

Sebagai kesimpulannya, anda sebagai usahawan harus bijak pandai dalam menguruskan kewangan dalam syarikat anda. Tak semsetinya anda boleh menarik nafas lega sekiranya bisnes anda dah berkembang dan duit masuk melimpah ruah. Kalau anda tak pandai handle duit itu sebaiknya, tak mustahil perniagaan anda boleh lingkup.

One comment

  • NORIZAN BINTI ABU
    NORIZAN BINTI ABU
    Reply

    terbaik. mmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>