
Pada Isnin hingga Khamis iaitu 8 – 11 Julai 2019, seramai 100 lebih ahli Titans telah berkampung di program Inner Circle Meeting (ICM) yang berlangsung di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu. Program yang menemukan Titans lama dan juga Titans baharu ini dilangsungkan untuk mereka sama-sama join program eksklusif ini dengan pelbagai ilmu yang diketengahkan sepanjang 4 hari program berlangsung.
Memilih tema Batik bersempena kedatangan kami di negeri Terengganu yang terkenal dengan batik, kami dapat melihat keterujaan Titans yang datang ke Terengganu dari pelbagai negeri. Tambahan pula, kali ini ada Titans baru yang merasa kali pertama pengalaman mereka untuk datang ke ICM untuk menimba ilmu di Duyong Marina Resort.

Pada malam Ahad 7 Julai 2019, kami mengalu-alukan kedatangan Titans semua dengan menganjurkan Welcoming Dinner ‘dihiasi’ dengan persembahan wayang kulit dan persembahan angklung serta makanan tradisional negeri Terengganu. Di samping mereka melihat persembahan, mereka juga boleh mengenali dan merapatkan hubungan antara satu sama lain serta meluangkan masa untuk bersama dengan Dr Azizan Osman.
Kami pasti kesemua ahli Titans tidak sabar menantikan tarikh ini terutamanya Titans baru yang belum lagi pernah merasai program selama 4-hari ini. Dengan busana batik yang dikenakan pada ICM kali ini, kesemua Titans segak bergaya dan semangat untuk belajar.
Justeru itu, pemilihan tempat di Terengganu ini amat bersesuaian dengan program yang dijalankan. Program yang penuh pengisisan ini secara tak langsung akan merungkai dan menyelesaikan segala kekusutan ahli Titans yang selama ini masih belum terungkai dan terjawab. Malah setiap masa juga dimanfaatkan dengan sebaiknya demi meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih berjaya selepas ini. Walaupun letih, senyuman pasti akan terpancar selepas ini. Dengan aktiviti yang dijalankan juga tidak akan membuatkan mereka ‘tidur’ dalam kelas.

Selain itu, seperti umum mengetahui, orang Terengganu adalah antara mereka yang rajin berniaga. Kegiatan utama negeri Terengganu adalah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu. Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer), tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah.
Majoriti penduduk di Terengganu adalah terdiri daripada masyarakat Melayu dan kawasan pesisir pantai yang menganjur dari Chukai, Kemaman, di selatan ke Dungun di utara adalah kawasan yang sudah lama didiami orang Melayu.

Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani pada zaman penjajahan British, walaupun ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan di pekan-pekan berdekatan pada zaman sebelumnya. “Hal ini dibuktikan dalam catatan Abdullah Munsyi yang mengatakan bahawa sudah wujud pasar-pasar yang menjual pelbagai jenis barangan, salah satunya ialah Pasar Kampung Laut. Barangan yang dijual di pasar ini ialah sayur, ikan, limau penawar dan ulam-ulam.
Penduduk di Terengganu dah terbukti dah pandai berniaga sejak dari dulu lagi. Sikap ini harus dicontohi oleh ahli Titans dan semua usahawan yang melibatkan diri dalam perniagaan. Jangan pernah ada sikap malas. Sebab itu berniaga ni perlukan ilmu untuk berkembang dan sustainable. Kalau berniaga sekadar berniaga sampai bila nak berkembang. Betul betul?