
Umat Islam di negara ini harus sentiasa berdoa untuk memastikan wabak COVID-19 yang melanda dunia pulih. Kuatkan hubungan dengan Allah. Dia sahaja penyelamat dan kekuatan kita. Hanya kepada Dia tempat berlindung dan berserah diri.
Fadhilat bacaan Ratib Al-Attas bagi mereka yang tetap mengamalkannya adalah dipanjangkan umur, mendapat Husnul-Khatimah dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah.
Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang kosong dengan berwuduk, mengadap kiblat dan berniat apa kehendaknya, Insya-Allah dimustajabkan Allah.
Mari kita bersama-sama memohon kepadaNya agar keadaan sekarang ini pulih dan dapat ditemui jalan keluar serta kita semua dilindungi oleh Allah swt dari segala penyakit.
Ya Allah kau peliharakanlah juga wira barisan hadapan di hospital-hospital yang kini sedang membantu pulihkan tahap kesihatan negara.
Sesungguhnya kau Maha Penyembuh Ya Allah… Semoga usaha kita ini diperkenankanNya..
#AzizanOsman
#TeamRichWorks