Ads

Leadership! Leadership! Leadership! Tak kira apa pun yang kita buat leadership atau kepimpinan menjadi aspek utama dalam pembentukan diri yang akan mempengaruhi keupayaan untuk mencapai matlamat hidup dan juga sesebuah organisasi.

Kepimpinan mengambil kira banyak perkara dan pelbagai aspek. Ramai orang berasa mereka tak mampu menjadi leader yang baik tapi tanpa sedar mereka sedang menjadi leader.

Adakah anda seorang leader? Ini 7 sebab kenapa kepimpinan dalam bisnes sangat penting.

1) Pastikan matlamat bisnes tercapai

Seorang pemimpin bisnes perlu untuk alert dengan setiap perkara yang berlaku sama ada dalam atau lingkungan bisnes mereka supaya dapat memastikan bisnes ada satu visi dan matlamat yang khusus untuk dicapai. Sebagai contoh sasaran jualan RM1 juta pertama pada tahun 2020. Disebabkan ini, sebagai pemimpin bisnes anda kena pastikan hala tuju bisnes berada dalam keadaan yang betul dan jelas.

2) Orang yang betul memberi nilai

Adalah mustahil untuk anda bina bisnes yang berjaya seorang diri. Tak kiralah anda usahawan atau founder sesuatu produk atau servis, di sebalik kejayaan anda pasti ada faktor pendorong dan sokongan sama ada mentor, rakan kongsi, pasangan, keluarga mahupun staf anda yang membantu anda mencapai matlamat jangka panjang. Jadi dengan kenal pasti nilai seseorang akan membuka lebih banyak peluang baru pada perkembangan bisnes anda.

3) Menggalakkan pembelajaran berterusan

Pemimpin bisnes yang baik akan mencari jalan dan cara untuk memastikan pekerja mereka belajar dan sentiasa tambah ilmu. Bukan kerja sekadar kerja, cukup masa balik kerja. Lebih banyak added value yang diberi pada pekerja anda, mereka akan jadi seorang lebih baik lagi. Dan seterusnya boleh meningkatkan produktiviti dan mutu kerja mereka.

4) Masa adalah duit

Pepatah yang “masa itu emas” ialah satu metafora tepat menggambarkan betapa pentingnya cara anda memanfaatkan sebagai satu sumber yang boleh dijadikan pelaburan yang bernilai. Ini melibatkan bagaimana anda terapkan nilai disiplin dan komited dengan masa supaya anda tak habiskannya dengan perkara sia-sia. Dan, anda juga tak akan melepaskan peluang yang ada. Being early bukannya on-time sebab bila on-time anda boleh terlambat dan terlepas macam-macam perkara penting.

5) Meningkatkan komunikasi dan keterbukaan

Bila berurusan dengan orang, anda tak lari daripada komunikasi.Kalau komunikasi gagal semua benda tak jadi! Kuasa komunikasi tidak boleh dipandang rendah. Berkomunikasi proaktif boleh mengelakkan segala masalah dan salah faham iaitu dengan menerangkan sesuatu perkara dengan jelas, bersependapat dan ada tolak-ansur antara satu sama lain.

6) Bisnes sepatutnya menyeronokkan

Mana ada kerja tanpa tekanan? Sedangkan permata pun takkan jadi permata tanpa ada tekanan. Tapi dalam bisnes tak bermakna setiap masa kena serius dan fokus pada kerja. Jika anda seorang pemimpin bisnes yang baik akan akan meraikan setiap kejayaan untuk menghargai usaha pekerja anda. Jadi sesekali tak menjadi kesalahan untuk anda bersuka-ria!

7) Jangan hanya bersaing tapi wujudkan daya saing

Bagaimanakah anda akan bersaing? Adakah bisnes akan merosot? Bagaimanakah anda mewujudkan satu model perniagaan memenangi dengan satu kelebihan? Dalam bisnes anda bukan saja kena jadi lebih baik daripada orang lain tapi anda kena cari sesuatu yang berbeza yang menjadi kekuatan bisnes anda. Daya saing yang positif boleh bergantung kepada satu kemahiran yang unik, kelebihan intelektual, atau dengan menjual pada satu masa atau lokasi luar biasa. Alternatif kepada keunikan akan biasa , dan menjual barangan serupa di harga sama kerana orang lain, membuat keuntungan minimum jika mana-mana langsung.

Jadi, anda kena work hard, bersikap ingin tahu, dan ingat bahawa pemimpin yang hebat tidak akan memberitahu apa yang perlu buat tapi mereka tunjukkan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>