Ads

11 tahun berjuang berdiri sepanjang program dan pernah sakit teruk, tidak pernah melunturkan semangat juang Dr Azizan Osman untuk memberikan yang terbaik kepada anak didiknya. Semangat juang beliau ini mungkin biasa-biasa bagi orang luar, tapi percayalah setiap perkara yang beliau lakukan selama 11 tahun memberikan banyak senyuman kepada ratusan ribu usahawan yang beliau didik. Bukan berniat riak, tapi ia dapat dibuktikan dengan testimoni dan results yang RichWorks terima dari peserta dari pelbagai pelusuk negeri.  

“Bila orang tanya Abang, Abang tak penat ke? Berdiri dan melompat dari pagi hingga malam mengajar? Bukan sehari berhari-hari…. Tiket Nak Ubah Hidup ini orang bayar serendah RM20.20 satu tiket. Dan banyak tiket RichWorks beri free sahaja bila daftar awal…Tak penat ke? Melayan perangai macam-macam yang datang ni…

Orang tuduh macam-macam walaupun dah 12 tahun buktikan program kita dah lahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan dari mana-mana program, kursus dan seminar di Malaysia. Nak tahu kenapa? Bacalah di skrin shot tu… Bila mereka yang belajar ni bukan setakat dapat naikkan sales mereka dan bisnes mereka tapi mereka dapat beri kehidupan yang lebih baik kepada mak ayah mereka… Dapat upgrade life family mereka… Itulah perasaan kegembiraan dan kebanggaan yang Abang dapat bila baca…

Abang tak dapat duit pun bila sales mereka naik berjuta….Tak pernah lagi diorang yang naik sales RM10 juta, RM20 juta datang kat Abang dan beri cheque RM1juta, RM2juta… Kalau ada Abang tak tolak…Tapi benda yang best ialah bila Abang dapat saksikan peningkatan hidup mereka… satu persatu…Rasa berbaloi sakit kaki dan belakang Abang berdiri sepanjang hari… Kepuasan…Kau faham ke apa Abang cakap ni?”

#nuh2020

link gambar

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>