Ads

Seorang peniaga mestilah mempunyai matlamat, kenapa hendak mulakan bisnes? Ini kerana tiada orang yang berniaga hanya untuk suka-suka sahaja, yang tidak kisah akan keuntungan atau kerugian.

Apabila anda ingin mulakan perniagaan ianya adalah sangat mudah, bak seperti kata Dr Azizan Osman mulakan apa yang ada di tangan kita. Ramai anak didik beliau bejaya berniaga dengan memulakan apa yang ada di tangan seperti Das Abdul yang berniaga bantal dan Dr Kavi yang membantu ramai wanita untuk mendapatkan anak.

Walau bagaimanapun, ramai peniaga di luar sana membina impian dengan menginginkan jualan bisnes melonjak sebanyak RM 1 juta. Tahukah anda, membina bisnes dan mengekalkan bisnes sehingga 5 tahun akan datang adalah tidak sama. Ini disebabkan ianya tidak mudah seperti mulakan bisnes pada permulaan, banyak perkara perlu dilakukan seperti kebanyakan anak didik Dr Azizan Osman yang mengelarkan diri mereka Richworks Titanium. Mereka yang menjadi Titanium ini sentiasa mempelajari dan memperbaiki diri serta syarikat mereka demi masa hadapan.

Bagaimana mereka memperoleh sales jutaan ringgit? Bagaimana pula mereka ‘menjaga’ kewangan mereka daripada bocor? Kami akui ramai yang nak tahu senjata rahsia yang mereka gunakan bagi memastikan sales mereka meningkat dan mengekalkan jualan jutaan ringgit ini.

Antaranya mereka sentiasa memastikan struktur dalaman syarikat dipantau seperti mengadakan mesyuarat bersama dengan semua staf. Ini dapat membantu setiap kerja yang tergendala dengan lebih mudah diselesaikan bersama-sama, di samping setiap pekerja tahu apakah perkara yang syarikat sedang lakukan atau sedang perjuangkan.

Selain daripada itu, mereka sentiasa konsisten membuat marketing untuk rekrut ejen atau dropship baru. Apabila mereka dapat rekrut ejen yang ramai dan berkualiti, ia memudahkan mereka melakukan marketing dengan lebih sistematik. Di samping dapat meningkatkan kapasiti jualan yang hendak dihasilkan dairpada bilangan ejen yang ramai. Ini kerana yang pasti tidak semua ejen mempunyai visi yang tepat untuk berniaga sama seperti kita pengasasnya.

Penting juga sebagai pengasas syarikat untuk sentiasa menjaga ejen atau dropship mereka. Mereka sentiasa ‘tiru’ teknik-teknik yang digunakan dan diajar oleh Dr Azizan Osman dengan cara yang betul dan berkesan. Selain dari itu, adalah sangat penting untuk kita melayan setiap ejen sebagai kawan. Barulah mereka seronok untuk bantu promosikan produk atau servis kita. Kita juga perlu sediakan bahan-bahan marketing dengan cukup atau kongsikan strategi Dr Azizan semasa di Millionaire Marketing Mastery kepada ejen-ejen mereka.

Selain itu, sales jutaan ringgit ni kadang-kadang menyeramkan jugak. Kenapa pulak seram? Mestilah seram kalau mereka tak betul-betul menjaga akaun mereka. Boleh bocor dibuatnya. Apa yang mereka boleh lakukan adalah, mereka juga perlu memastikan syarikat berada dalam keadaan selamat dengan mengemaskini semua dokumen, tax dan resit dalam satu file khas. Ini juga merupakan asas utama untuk mengekalkan jualan jutaan ringgit dengan mempunyai aliran tunai yang sangat baik, di mana ia membantu kita untuk membuat pusingan modal semula terhadap setiap keluar dan masuk duit dalam syarikat.

Pihak bank juga lebih gemar berurusan dengan pengasas syarikat yang mempunyai dokumen aliran tunai yang teratur dan sistematik. Sekaligus membantu mendapatkan pinjaman dari bank untuk melebarkan lagi perniagaan.

Kesimpulannya, membina bisnes adalah sangat mudah tetapi untuk mengekalkan bisnes adalah memerlukan ilmu yang lebih mendalam tentang perniagaan. Ia bukan lah semudah menjual sebatang pen tetapi bagaimana untuk membuat orang berterusan membeli sebatang pen dari kita. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini hanya perlu belajar dari orang yang berpengalaman dan follow sebijik apa yang membuatkan mereka berjaya. Faham ke faham?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>