Ads

Salam, Usahawan Berjaya! Pasti anda pernah dengar tentang program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Tapi kami dapati mungkin anda belum tahu sepenuhnya tentang program ini.

Program MMM merupakan sebuah program untuk anda tingkatkan lagi bisnes dari segi sales & marketing. Tapi, berapa ramai orang yang betul-betul tahu tentang marketing yang sebenar-benarnya?

Ramai ada 3 kesalahan ni dalam bisnes yang ramai orang buat atau mungkin anda sendiri pernah buat…

  • Mengharapkan orang datang ke kedai tanpa buat apa-apa marketing, dengan alasan berniaga kecil-kecilan je
  • Nama bisnes dah naik, viral tapi taknak buat apa-apa untuk teruskan peningkatan bisnes sebab dah selesa
  • Buat cara marketing je, tak ada perubahan langsung. Sedangkan banyak lagi cara boleh buat

Kami nak kongsikan dengan anda kisah dari Puan Irah Shukri yang mula berniaga di Pasar Siti Khadijah je tapi sekarang dah ada pejabat sendiri, jualan meningkat sampai berjuta ringgit. Jual kain pasang je beb…

Memang betul… nak berjaya memang ambil masa yang panjang dan lama. Perubahan memang perlukan masa. Tapi, kalau dah bertahun-tahun berniaga tak dapat hasil macam orang lain, macam mana? Apa yang silap agaknya ye?


Puan Irah Shukri merupakan CEO kepada Irah Shukri Global Sdn Bhd. Sebelum jadi usahawan berjaya, beliau mula berniaga menjual kain pasang pada tahun 2008 di Pasar Siti Khadijah yang rata-rata ada dalam 700 bisnes yang lebih kurang sama je… Banyak tu!

Menurut Puan Irah Shukri sendiri, beliau sangat rajin dan suka berniaga. Puan Irah percaya rezeki bisnes ni boleh bantu keluarganya. Tapi masalahnya selama beberapa lama berniaga, hasilnya taklah seperti yang diharapkan. Mana taknya… Kerja tunggang terbalik, pagi, petang, siang dan malam tapi tetap sama je.

Selama 10 tahun, Puan Irah Shukri tetap struggle semata-mata nak dapatkan hasil dari bisnes kain pasangnya. Apa entah yang silapnya sampai buat apa pun jualan tetap sama pada hujung tahun. Cemburu juga tengok orang lain buat bisnes menjadi, sampai diri sendiri je ke laut…

Kalau dah struggle 10 tahun ni, Puan Irah tak fikir panjang… Katanya nak gunakan ‘jalan pintas’ je sebab taknak buang masa lagi. Itulah yang membuatkan Puan Irah Shukri tak menyesal dan sangat yakin buat keputusan untuk ke program RichWorks.

Puan Irah Shukri juga meluahkan rasa kesal sebab tak tahu tentang RichWorks dan Dr Azizan Osman sejak dulu lagi… “kalaulah aku tahu lebih awal tentang RichWorks ni, mesti aku takkan buang masa 10 tahun macam tu je…” Namun, Puan Irah redha.

Starting point yang menyebabkan Puan Irah Shukri buka mata untuk hadir ke program RichWorks ialah beliau tonton sesi live bersama Puan Halimah. Puan Halimah ialah seorang usahawan yang tak tahu membaca mahupun menulis.

Dari situ, Puan Irah sedar yang usahawan yang tak berpendidikan tinggi seperti Puan Halimah pun boleh buat bisnes sampai jualan berjuta-juta… Kenapa tidak dirinya sendiri? Sejak tu, Puan Irah terus buat keputusan untuk ke program RichWorks terutamanya MMM demi perbetulkan apa yang silap tentang bisnesnya.

Bagi Puan Irah sendiri, datang ke MMM bukan setakat nak belajar dengan Dr Azizan Osman tapi goyang kaki. Tapi, Puan Irah hanya percaya dengan ‘trust the process’ dan praktikkan segala ilmu. Puan Irah percaya program RichWorks sedikit sebanyak dapat membantunya. Selepas hadir ke MMM, banyak perubahan yang berlaku satu demi satu. Apa yang berubah dalam hidup Puan Irah Shukri, bisnesnya bukan hanya sekadar berpindah dari Pasar Siti Khadijah… Sekarang dah ada pejabat sendiri, butik sendiri dan staff yang semakin ramai sehingga jualannya sudahpun mencecah RM1 juta malah lebih dari tu.


Macam mana dengan kisah Puan Irah Shukri tu? Adakah anda pun ada dalam keadaan sama seperti Puan Irah Shukri dan tak nak struggle dalam masa yang lama? Daftar dan sahkan tempat duduk anda untuk program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Oktober ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.marketingmastery.com.my atau hubungi 0162614437 – Cik Erna (waktu pejabat)

Kami pasti, anda mesti nak tingkatkan bisnes dan jualan anda lebih tinggi daripada sekarang. Jadi, jangan berlengah dan tunggu lama-lama kalau tak nak terlepas peluang ini.

Salam Kejayaan,
Team RichWorks

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>