Ads

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Bulan ini dipilih sebagai bulan untuk berpuasa dan pada bulan ini juga Al-Qur’an diturunkan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…….”). (Surah al- Baqarah:Ayat 185)

Pahala dapat direbut dengan berlipat kali ganda kerana di bulan ini juga pintu-pintu syurga dibuka sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila Ramadhan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat Muslim).

Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan yang berlangsung pada Sabtu, 18 Mei 2019 bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam (KGSAAS). Kehadiran lebih kurang 1,000 lebih orang ke majlis ini ternyata dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang disambut pada tahun ini.

Jemputan khas kepada ahli Titanium, Spire dan juga Staf RichWorks ternyata dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin setelah sekian lama antara satu sama lain. Bukan itu sahaja kehadiran Habib Syech Assegaf, Imam Muda Asyraf, Ustaz Umar, anak-anak Saffiyah sebagai tetamu khas pada malam tersebut membuatkan majlis pada malam tersebut lebih bermakna dan memberi pengisian yang lebih mendalam mengenai bulan Ramadhan ini. Tak lupa juga kepada pengasas RichWorks Dr Azizan Osman dan juga co-founder, Tuan Haji Jerry yang turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut. 

Objektif utama majlis yang bermula jam 5.30 petang itu dilangsungkan juga untuk membina hubungan yang lebih kuat dan kukuh antara ahli Titanium serta memberi ruang kepada RichWorkians untuk penglibatan yang berterusan dalam RichWorks. Selain itu kehadiran mereka ini juga sebagai memberi semangat dalam menjalankan bisnes dan perniagaan dengan melihat bagaimana RichWorks menjalankan tugas yang diberi. Mungkin boleh dijadikan contoh kepada setiap pengasas syarikat untuk mengendalikan syarikat bersama team masing-masing.

Bukan itu sahaja, ia juga bagi memberi penghargaan kepada kerja kuat team RichWorks yang tak henti-henti berkhidmat untuk terus menjadikan RichWorks mencapai misi dan visi pada tahun 2025 nanti di mana Goals kami adalah The Nexflix of entreprenuer education with 100 million subcribers by 2025, RichWorks.com”. Di samping itu juga untuk mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga staf yang hadir pada malam tersebut.

Selain itu, pelbagai juadah turut disajikan kepada semua tetamu yang hadir sebagai hidangan untuk membuka puasa. Kalau Raya tak ada bunga api memang ‘tak feel’ lah Raya itu. Jadi, sebelum majlis berakhir, pertunjukan bunga api turut dilakukan sebagai ‘penambah rasa’ majlis yang diraikan pada malam tersebut. Memang betul meriah jadinya. Jadi dengan berakhirnya majlis tersebut, kami harapkan Ramadhan kali ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang hadir.

Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah SWT), diampunkan dosanya (yang terdahulu). – Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>