Ads

Dr Azizan Osman selalu kata “Marketing adalah oksigen untuk bisnes, takde oksigen bisnes pun boleh meninggal.” Dia juga selalu cakap “Marketing ialah buat orang nampak bisnes kau.”

Tapi, ramai orang ada  fikiran yang salah tentang  marketing. Mereka fikir marketing ni macam orang buat sales – yang paksa orang untuk beli, selagi tak beli dia akan ikut je ke mana kita pergi..atau dia akan duduk je tunggu sampai lah kita beli. Pernah kena macam ni kan…

Yang sebenarnya, marketing adalah sangat penting dalam bisnes, sama penting macam oksigen dalam hidup. Tak ada oksigen, mula-mula kita akan lemas, sesak nafas kemudian terus mati…

Tanpa marketing serupa macam anda tak buat bisnes.  Tanpa marketing orang tak nampak bisnes anda, orang tak nampak bagaimana anda boleh bantu mereka, orang tak tahu apa masalah mereka yang anda boleh selesaikan, orang tak nampak kat mana anda berada, dan macam mana mereka boleh dapatkan bisnes anda.

Kalau anda tengok bisnes anda tak buat duit lah sangat…stok tak habis, orang masih tak tahu anda ni berniaga apa…itu tanda-tanda anda tak buat marketing. Dan yang paling penting anda tak buat marketing yang betul.

Marketing yang betul maknanya marketing yang membuahkan hasil, sales masuk, customer makin banyak, customer lama masih kekal bersama anda itu tandanya anda dah buat marketing yang betul.

Lagi teruk rasanya bila anda dah habiskan duit yang banyak untuk marketing, kos yang besar dah dikeluarkan tapi masih tak ada sales masuk!

Anda perlu ada ilmu macam mana nak buat marketing yang betul, macam mana nak jadikannya berhasil, apa nak dicakap, kepada SIAPA nak dicakapkan…

Kami yakin anda nak lonjakkan perniagaan anda dan tingkatkan pendapatan anda di tahun 2019. Jadi untuk yang baru nak berniaga, kami yakin sangat anda nak tahu macam mana nak memulakan perniagaan dengan marketing yang betul.

Ini 2 perkara yang anda boleh buat jika anda nak terus kami bantu anda dapatkan ilmu tentang sales & marketing, perniagaan dan leadership.

1) Subscribe Newsletter kami yang kami keluarkan setiap minggu dengan banyak artikel berkaitan sales & marketing, pengurusan perniagaan dan leadership yang boleh jadi rujukan anda.

2) Sertai Facebook Group Nak Ubah Hidup di mana di dalamnya anda boleh dapatkan banyak video-video percuma yang boleh anda tonton. Jumlah video percuma dari Dr Azizan Osman atau Team RichWorks atau ilmu kejayaan dari peserta program RichWorks sebelum ini di dalam FB Group Nak Ubah Hidup saja dah melebihi 100 jam kalau anda tonton! Belum campur lagi video Live dari Dr Azizan Osman sendiri…dalam Talk Show Nak Ubah Hidup!

Klik www.nakubahhidup.com untuk join Facebook group ini.

Jangan salahkan ilmu mahal, susah nak dapat! Kalau yang free ni pun anda tak baca dan tak tengok, itu maknanya anda sendiri yang menjauhkan diri dari ilmu.

Salam Kejayaan
Team RichWorks

One comment

  • Roszana Johari
    Roszana Johari
    Reply

    Thanks for infor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>