
Bulan puasa ni, kita dapat lihat banyak benda berubah di sekitar kita. Dulu, nak berbuka semua kena masak sendiri, kemudian ada bazar Ramadhan dan sekarang ada Food Panda, Grab Food atau food delivery yang lain. Petik jari, tekan-tekan handphone semua dah boleh dihantar ke depan pintu.
Masakan emak pun boleh dihantar ke depan pintu! Apa susah..dunia dah berubah. Semuanya jadi lebih pantas dan mudah.
Kalau dulu, nak kena beratur panjang kat public phone kalau nak hubungi orang tersayang, sekarang…semua orang dah ada telefon bimbit..dan bukan setakat dengar suara tapi, tengok wajahnya.
Semakin berubah dunia, teknologi semakin berubah menjadi lebih pintar dan hidup pun semakin tiada sempadan, semuanya semakin dekat..Apa saja yang kita nak sepatutnya menjadi lebih mudah untuk kita capai..
Masa pun kian berubah, umur kian bertambah…soalannya, kita? Macam mana?
Adakah kita bersedia untuk berubah sealiran dengan perubahan masa dan teknologi?
Adakah kita masih selesa berada dalam keadaan lama, yang kita rasa sangat sebati dan sesuai dengan kita..dan kita dah rasa hidup kita OK dengannyan?
Betul ke OK?
Adakah hutang kita dah berubah menjadi semakin sedikit?
Adakah tahap kewangan kita dah berubah menjadi semakin baik dari 10 tahun dulu?
Adakah tahap kebahagiaan, tahap pencapaian kita dah semakin meningkat..atau kita masih berada di tempat sama, dengan masalah yang sama?
Ramai orang tak nak fikir benda ni. Mereka sebenarnya bukan tak nak fikir tapi mereka takut untuk akui hakikat..sebenarnya hidup mereka masih biasa-biasa dan tak berubah untuk satu jangkamasa yang lama.
Mereka sanggup tengok je..perubahan hidup dan peningkatan yang berlaku kepada orang lain, sambil rasa…”dia boleh lah…” “Dia siapa..aku ni siapa?”
You see…tak ada orang lahir di dunia ni dan dia tahu dia akan berjaya di masa hadapan. Tak ada orang yang lahir-lahir je dah tahu arah tuju hidup dia…terlahir kaya tak semestinya kaya selamanya, terlahir miskin tak semestinya papa selamanya.
Keputusan di tangan anda. Kehidupan anda adalah bergantung kepada apa tindakan yang anda buat hari ini. Jika anda tak mahu akui keadaan hidup anda yang sebenarnya, dan anda rasa ianya dah OK dan dan berada di tahap maksima…terpulang.
Tapi paling kurang anda tengoklah mereka yang anda sayang, adakah anda dah cukup membahagiakan mereka?
Di bulan Ramadhan ini, ramai orang yang mampu bawa keluarga, ibu bapa pergi mengerjakan umrah Ramadhan…kita? Bila?
Memang pedih nak tanya soalan macam ni..tapi kalau tak kami yang tanyakan kepada anda…siapa lagi? Tak ada orang yang suka dan rela nak push orang lain untuk ubah hidup dan menjadi lebih berjaya, tapi kami di RichWorks telah saksikan banyak kisah kejayaan, banyak kisah perubahan hidup, banyak kisah impian yang tercapai…dan sebab itu kami mahu anda juga jadi sebahagian dari kisah kejayaan kami.
Jika anda mahu…kami akan bantu.
……….
Esok, Jumaat 17 Mei pukul 8.00 pagi, kami akan bersiaran dalam Talk Show Nak Ubah Hidup bersama tetamu khas kami, Tuan Amran Bin Abdul Hamid – Pemilik Restoran Dapur Penyet yang mempunyai 15 cawangan.
Anda boleh tonton dan dengar bagaimana beliau mulakan bisnes, kembangkan bisnes dan naik turun dalam bisnes sehingga beliau mampu miliki satu bisnes dengan nama yang cukup besar.
Yang paling best, dengar kan kisah bagaimana beliau jumpa mentor beliau Dr Azizan Osman dan di mana beliau jumpa buat pertama kalinya.
Sertai Facebook Group Eksklusif – Nak Ubah Hidup untuk tonton talk Show Nak Ubah Hidup, 8.00 pagi, Jumaat 17 Mei 2019.
#SalamRamadhanKe11
#TeamRichWorks