
Master Your Business (MYB) dan pun berakhir pada Ahad lalu. Program 3 hari yang bermula dari Jumaat 12 April 2019 hingga Ahad 14 April 2019 di Flamingo Hotel, Ampang ternyata memberikan impak yang luar biasa kepada founder dan key leaders yang hadir. Pada mulanya masing-masing agak kekok ketika hari pertama menjejakkan kaki ke program MYB. Mungkin masih tercari-cari apa keperluan mereka berada di program ni. Ataupun masih belum faham kenapa founder mereka membawa mereka ke sini.
Tapi selepas sehari berada dalam program, masing-masing dah mula tunjuk muka excited. Mereka mula tersenyum sampai ke telinga. Manakan tidak, pengisisan content kali ni amat berbeza berbanding program MYB yang berlangsung sebelum ini. Aktiviti berkumpulan sebagai pembuka ‘selera’ menjadi titik mula melihat kemeriahan lebih kurang 1,000 peserta yang bersungguh nak menimba ilmu. Mereka ni lah key leaders yang terpilih oleh founder mereka. Untung betul lah dapat belajar ilmu tentang leadership.

Apa AHA momen yang paling wow adalah apabila Dr Azizan Osman menyentuh topik bagaimana untuk menjadi A GREAT LEADER. Banyak sungguh tips-tips yang beliau berikan kepada peserta ketika program ini. Antaranya adalah beliau ada menyatakan bahawa menjadi seorang leader mestilah dengan sepenuh hati. Mesti orang lain akan start percaya pada anda dan nak buat sepenuh hati juga…betul betul? Bila kita buat sesuatu dengan hati, apa-apa pun boleh jadi dan apa pun boleh settle. “How You Do Anything Is How You Do Everything”
People! People! People! Kejayaan sesebuah bisnes atau company bukan saja bergantung pada bijaknya founder tu.. tapi juga bergantung pada kekuatan team yang mereka ada. Trust Your Team! Ini masalah paling besar yang ada pada founder-founder atau majikan yang nak ada team, tapi takut nak delegate task atau tanggungjawab pada team.
Anda pernah tertanya-tanya tak, apa rahsia RichWorks yang dah bantu beratus ribu orang usahawan yang mula berniaga dari zero sehingga boleh buat millions? Dalam program 3 hari ni juga Dr Azizan Osman dah bongkarkan rahsia terbesar RichWorks! Beliau ceritakan bagaimana RichWorks berkembang dan dedahkan siapa sebenarnya insan di belakang tabir RichWorks.

Bermula dengan cerita RichWorks yang ketika dulu bermula dari zaman office kecil di Ampang, satu per satu rahsia beliau bongkarkan. Bukan itu sahaja, beliau turut ceritakan bagaimana beliau bangunkan ‘people’ di belakangnya seperti Co-Founder RichWorks, Tuan Haji Jerry dan Tuan Aizzuan yang mana bermula dari Customer Service Executive yang kini menjadi Senior Vice President. Bukan saja-saja beliau kongsikan rahsia RichWorks ni. Tapi beliau nak semua peserta buka mata dan tahu bagaimana mereka nak menjaga syarikat supaya seiring nak mencapai misi dan visi syarikat.