Ads

Perasaan nak memulakan bisnes memang sukar digambarkan. Keterujaannya sukar untuk diceritakan. Orang lain tak mungkin faham apa yang kita rasa. Hati kita ni..penuh berbunga-bunga. Tak sabar nak tengok papan tanda bisnes dengan nama perniagaan naik kat luar kedai, pada kad nama, pada website.

Betul tak? Ada tak siapa-siapa yan gada perasaan macam ni?

Orang kata apa ada pada nama? Tahukah anda, nama yang betul akan membantu perniagaan anda mudah diingati dan menjadi sebutan di kalangan masyarakat sekitar anda. Nama yang bagus sepatutnya boleh menggambarkan kepakaran, keunikan dan nilai perniagaan anda.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pendapat tentang nama perniagaan. Ada yang kata nama perlu simple dan mudah diingat, ada yang kata nama perlu abstrak dan berbeza, ada yang kata perlu moden dan banyak lagi pendapat.

Dalam anda ‘excited’ nak memulakan perniagaan, ada 5 perkara penting yang anda perlu tahu dalam meletakkan nama kepada bisnes anda.

1) Pilih nama yang selesa bukan saja kepada anda tapi kepada pelanggan sasaran anda.

2) Pilih nama yang mudah diingat dan memberikan emosi gembira supaya ianya terkesan di hati pelanggan.

3) Jangan pilih nama yang terlalu panjang dan mengelirukan.

4) Elakkan dari guna nama yang hanya anda yang faham;

5) Jangan suka-suka hati meletakkan perkataan seperti Perbadanan, Pertubuhan,

Kerajaan dan seangkatan dengannya untuk tujuan perniagaan kerana itu adalah satu kesalahan.

Dalam memberikan nama kepada perniagaan, jangan mudah syok sendiri. Jangan terlalu ikut emosi dan sehingga tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Kadang-kadang, ada peniaga yang terlampau nak menyambungkan perkataan untuk menjadikannya satu nama sehingga ianya menjadi sangat kompleks dan susah untuk disebut sehingga menggambarkan bahawa bisnes ini adalah sangat ‘complicated’.

Satu kesalahan yang selalu dilakukan ialah tidak mempatenkan nama perniagaan. Akibatnya, nama tersebut mudah ditiru oleh orang lain. Bukan setakat nama, anda juga perlu daftarkan logo dan tagline supaya tak ditiru oleh orang lain. Dan, dalam anda nak memberi nama kepada perniagaan anda juga perlu pastikan nama tersebut tidak dimiliki atau dipatenkan oleh orang lain. Jika tidak anda mungkin dikenakan saman.

Satu perkara yang selalu berlaku ialah ramai usahawan tak kisah dan tak ambil tahu ialah sama ada nama bisnes yang mereka hendak gunakan telah digunakan oleh orang lain sebagai domain website. Adalah sangat mengecewakan bila anda sudah daftarkan nama perniagaan dan bila anda nak daftarkan website, anda dapati nama yang sama dengan bisnes anda telah diambil orang!

Jadi, sebelum anda daftarkan nama bisnes, pastikan anda juga dah cek sama ada nama bisnes anda sudah menjawi nama website orang lain. Betul, orang kata apa ada pada nama, dan ramai orang fikir berniaga bukan untuk nama tapi lebih kepada memberi manfaat kepada orang lain, tapi kalau dengan nama yang betul bisnes anda boleh menjadi lebih terkenal, apa salahnya!

Ads

One comment

  • Suyash aarse
    Suyash aarse
    Reply

    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>