Ads

Setiap orang mempunyai jalan hidupnya yang tersendiri. Ketika kita mengeluh tentang kehidupan yang kononnya tidak sempurna bagi kita, ada lagi orang yang lebih dahsyat kehidupan yang dilalui mereka. Seorang Titanium Cirle, Tuan Megat tak lokek untuk berkongsi kisah hidupnya dengan kami. Beliau sedar, kehidupannya kini jauh lebih baik dari apa yang beliau lalui sebelum ini. Ikuti perjalanan kisah hidupnya yang dari tak punya apa-apa, kini beliau mampu berbangga dengan pencapaian yang telah dilaluinya.

Koma 2 minggu – Allah S.W.T beri peluang kedua

Dahulunya saya tidak sama dengan apa yang saya miliki sekarang. Semasa saya belajar, saya bukanlah pelajar yang pandai kerana saya selalu ponteng sekolah. Saya juga di antara budak nakal dan selalu berada di kelas tercorot. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya pun untuk subjek Bahasa Melayu (BM), saya hanya mampu perolehi 8E. Perasaan saya ketika itu sangat teruk dan kehidupan saya dihimpit dengan kesusahan. Saya hanya mampu bekerja di kilang sebagai buruh kasar dan saya mempunyai 14 orang adik beradik. Pada tahun 2000, saya kehilangan ibu tercinta dan tak sempat berbakti sepenuhnya kepada beliau. Ketika itu, ibu saya hanya bekerja menjual ‘jajan’ di hadapan sekolah sahaja.

Bila belajar memang saya tidak beberapa pandai. Lagi-lagi dalam ilmu berniaga, saya memang tak reti langsung dan memang tak terfikir pun akan berniaga. Sepanjang hidup saya sebelum ke Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya hanya kais pagi makan pagi. Pekerjaan pulak silih berganti. Kerja ni tak kena, kerja tu tak kena. Semua serba tak kena bagi saya. Hutang yang saya pinjam pula terlalu banyak hingga menyebabkan ada satu kejadian ngeri berlaku dan menyebabkan saya koma selama 2 minggu. Tapi Allah S.W.T masih sayangkan saya dan berikan saya peluang kedua untuk hidup di dunia ini lagi.

Dari situ hidup saya mula berubah dan saya mencari erti kehidupan. Saya bermula dengan mendirikan rumah tangga, itu pun saya masih mengganggur tetapi isteri saya tetap menerima dan percaya pada perhubungan kami. Majlis pernikahan kami hanya ada makan-makan sahaja, menu pengantin hanyalah mee goreng dan kuih-kuih hasil pemberian orang. Yang hadir hanyalah saudara-mara sahaja kerana niat untuk pinjam dengan Along tak diluluskan kerana saya tak ada apa-apa ketika itu.

Selepas berkahwin, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Kami masih lagi mempunyai masalah apabila dihimpit dengan hutang. Hubungan kami pula selalu ‘panas’. Selalu sahaja bergaduh tentang wang yang sentiasa tak cukup-cukup dan paling teruk sekali apabila kami terpaksa ikat perut setiap hari untuk membesarkan anak.

IMKK ubah segalanya

Untuk keluar daripada ‘kancah’ kemiskinan ini, kami mula ambil tindakan dengan berniaga kecil-kecilan untuk menyara diri dan anak kami. Bermacam-macam kami buat untuk dapatkan duit. Kami pernah jual durian, berniaga di pasar malam, ikut orang berniaga itu dan ini tapi malangnya semuanya tidak menjadi.

Terlintas pada fikiran kami untuk berniaga jeruk kerana kami suka makan jeruk. Dan dari itu, kami terfikir untuk membuat jeruk dan jual sikit-sikit kepada keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulilah, jeruk kami mendapat sambutan baik. Selepas itu, kami dikenalkan dengan kelas IMKK oleh abang saya, yang secara jujurnya saya pada ketika itu sangat skeptikal dengan Dr Azizan Osman. Saya mula ragu-ragu dengan beliau, tapi apabila dipujuk oleh abang saya, bulan ke-3, baru saya berani untuk buat keputusan hadir ke program IMKK bersama isteri. Itupun kerana terpaksa!

Sejak dari itu, saya mula berubah dari segala-galanya selepas mengikuti program IMKK pada Februari 2017 di Menara PGRM. Walaupun kami datang lambat dan duduk di tempat terakhir ketika itu, namun ia masih memberi kesan mendalam kepada saya dan juga isteri. Pada waktu tu, saya ada cakap kepada isteri, “Kalau tak best, lunch hour nanti kite balik”  Tetapi kami silap. Ternyata keajaiban berlaku pada kami dan kami stay sehingga hari terakhir kelas. MasyaAllah, Doc bukan sekadar beri motivasi sahaja tetapi beliau ada menyentuh topik berkaitan hubungan yang paling penting iaitu network kita dengan Allah S.W.T Ia perlu diperbetulkan dan fokus pada sesuatu benda kerana ia sangat mujarab di dalam diri kita untuk nak capai sesuatu. Dari program IMKK juga saya mula tahu apa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, sebagai manusia dan kita hidup di atas dunia ini perlu beri manfaat pada orang lain. Bab kata pepatah Hamka, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Sangat banyak AHA moment ketika saya berada di IMKK yang merubah hidup saya. Ternyata saya pun tak terfikir program ini mampu merubah hidup keluarga saya di mana ketika tiada siapa pun percayakan saya pada waktu dulu, termasuk keluarga saya. Kami berniaga jeruk untuk mengubah hidup tetapi kami dapat hinaan, cacian dan makian sahaja. Itulah menjadi kebengangan saya dan BIG WHY saya! Isteri dan anak sentiasa di sisi saya walaupun saya tiada apa-apa.

Alhamdulilah, selepas IMKK kami fokus dan ikut apa sahaja mentor, Dr Azizan Osman ajar. Sikit demi sedikit, kehidupan saya mula berubah dan kini kami mampu beri manfaat pada keluarga dan juga orang sekeliling.

Dari berniaga tepi jalan sahaja, dan hanya sekadar hobi, kini saya dah mempunyai kilang 2 tingkat. Perniagaan yang hanya bermula dari saya dan isteri, kini saya dah mempunyai 25 orang staf dan mempunyai stokis, agen, dropship lebih dari 500 orang satu Malaysia termasuk Brunei dan Singapore.

Terima kasih Dr Azizan Osman dan team Richworks. Walaupun saya tak percaya saya mampu buat semua ini tapi Doc nampak potensi diri kita dan yang paling penting, percaya pada proses dan jangan mudah putus asa!

Megat Shaifulreza B Ab Shukor

Founder dan CEO Liur Leleh House Sdn Bhd

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>