Ads

Pada Sabtu 30 Mac 2019 telah berlangsungnya Monthly Group Coaching (MGC) yang kali terakhir buat pemegang tiket Super Supreme (SS) Millionaire Marketing Mastery (MMM) Sesi Disember 2018 yang lepas.

Seperti yang telah maklum, setiap pemegang tiket SS akan diberikan sebanyak 4x coaching setiap bulan selepas berakhirnya program MMM. Alhamdulilah semua kelas telah pun berlangsung dengan jayanya termasuklah pada hari Sabtu lepas.

Pada kali ini, Dr Azizan Osman ada menekankan peserta berkenaan dengan kejayaan dalam bisnes. Semua orang nak berjaya dalam bisnes, tapi berapa ramai yang willing to fight till the end?

Situasi ini selalu sangat berlaku. Nak berniaga. Mula-mula bersemangat. Dapat sales gembira. Tapi, lama-lama pesaing mula datang. Bisnes dah banyak masalah, hidup dah tak terurus.. merudum ada, rugi pun ada. Last-last, tutup!

Putus asa sekejap, tapi sebab minat berniaga.. cuba bukak bisnes lain. Tak jadi lagi.. tutup lagi. Bukak lagi bisnes lain..18 kali melingkup, lepas tu buat bisnes lain.

Sedarkah anda, perkara paling mudah nak dibuat adalah ambik keputusan nak give up. Buat keputusan nak tutup bisnes tu sangat senang.. tutup jelah! Nak bukak bisnes pun sangat senang.. bukaah berkali-kali pun, boleh je..tapi isunya ialah, sampai bila anda nak berniaga level macam tu..?

Pada Sabtu lepas, dalam sesi group coaching terakhir bersama peserta Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) Disember lepas, bbanyak sharing dari peserta yang 3-4 bulan lepas hidup mereka teruk, bisnes pun teruk, sales tak ada, hidup macam serabai dengan banyak masalah tapi Alhamdulillah, di sesi coaching terakhir ni mereka kelihatan lebih baik dan dah boleh senyum sampai telinga!

Salah seorang peserta iaitu Cik Puan Amie pemilik gerai Sate Senja di Johor dah pun berniaga selama 3-4 bulan lepas. Sales beliau hanya RM5,000 hingga RM7,000 sahaja tapi setelah belajar ilmu marketing di RichWorks dan komited bertindak.. sekarang gerai sataynya boleh buat RM17,000 sebulan! Pergh. Lain macam!

Cuba anda fikir sejenak. Adakah anda rasa bisnes beliau tak ada cabaran? Tak ada pesaing? Tak ada kutukan?

Ada! Tapi bagi beliau, inilah tindakannya untuk terus komitmen berjaya dalam bisnes. Dia perlu ada ilmu dan sikap yang bagus untuk berjaya.

Alhamdulilah, banyak lagi kisah inspirasi yang peserta MGC share kepada kami. Benarlah orang cakap nak berjaya dalam bisnes kena ada ilmu. Jika anda nak tahu, ini 3 perkara penting yang usahawan perlu buat jika serius nak capai lonjakkan sales dan bisnes yang meningkat naik:

1/ Ada ilmu bagaimana nak pikat dan ‘hasut’ pelanggan untuk terus jadi pelanggan kita. Bukan setakat tu je..berjaya jugak pengaruhi keluarga dan kawan-kawan dia jadi pelanggan kita.

Ini Teknik Iblis namanya. Ibliskan pandai menghasut! Kenapa kita tak guna perangai iblis yang ni untuk menghasut pelanggan kita lebih-lebih lagi kalau kita tahu dan yakin produk kita boleh selesaikan masalah mereka?

2/ Konsisten dan tak miss buat 3 perkara penting ni, collect database, engagement dan sentiasa update pelanggan sampaikan pelanggan tak sempat nak lupakan anda.

3/ Terus train dan bantu ejen buat duit..Ejen yang buat duit akan stay. Kena tahu macam mana nak bantu mereka terus buat duit. Semakin ramai yang anda bantu tingkatkan pendapatan, InsyaAllah pendapatan anda pun akan meningkat juga.

Jangan mudah give up! Fight sampai habis. Cabaran dalam bisnes tu…biasalah. Kalau sikit-sikit nak give up, sampai bilanya nak berjaya? Sentiasa usaha untuk capai target dan besarkan impian. Bisnes untuk kita ada lebih banyak masa dan peluang untuk lebih banyak pilihan dan cari jalan nak buat passive income. Kalau tak, apa lagi boleh kita buat untuk capai semua ni?

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>