
Bagai mimpi jadi nyata! Selepas 11 tahun RichWorks membantu peserta dengan menganjurkan program, buat pertama kalinya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa menghadiri program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 pada hari kedua ia berlangsung.
Program NUH 2020 yang berlangsung di Setia City Convention Center (SCCC) bermula 25 Januari hingga 27 Januari 2020 ini menyaksikan 13 ribu peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura hadir ke program NUH edisi kedua ini.
Momen manis ini pasti akan diingati selamanya bagi kami di RichWorks serta peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut. Dalam program ini juga, sebilangan ahli Titanium Premier turut berkongsi kisah kejayaan mereka kepada pemimpin nombor satu negara itu.
Mereka yang mengusahakan pelbagai produk seperti kek, baju kurung, perabot sehinggalah kepada produk penjagaan diri kini mampu berbangga apabila memiliki kilang sendiri dan sudah mempunyai tapak yang kukuh dalam platform atas talian.
Kejayaan ini adalah hasil daripada menghadiri seminar yang dikendalikan Dr Azizan Osman yang mana beliau selalu menasihati bahawa kepentingan ILMU, MENTHOR dan TINDAKAN usahawan itu.
Buktinya, peserta ini yang dahulunya hanya orang biasa, kini berjaya membina empayar bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun. Antaranya jenama Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan ramai lagi.
Dalam kunjungan tak rasmi Perdana Menteri itu juga, beliau ada menzahirkan perasaan gembira datang pada pagi tersebut walaupun hanya mengambil masa yang singkat.
“Saya gembira kerana dapat hadir pada pagi ini walaupun untuk masa yang singkat dan saya mendengar kejayaan-kejayaan yang telah dicapai hasil daripada ajaran yang disampaikan oleh Dr Azizan. Saya memang berminat untuk melihat lebih ramai yang tinggal di luar bandar terutamanya dapat kejayaan kerana kita lihat antara bandar dengan luar bandar kekayaannya amat berbeza. Orang di bandar biasanya kaya, orang di luar bandar biasanya miskin. Tetapi kalau kita belajar macam mana nak berniaga maka kita juga akan dapat pendapatan yang sama malah lebih daripada yang terdapat di bandar-bandar. Kita harus ingat bahawa rezeki datang daripada perniagaan. Kalau nak makan gaji, setakat itu ja lah, tapi kalau nak berniaga boleh sampai jadi millionaire. Ini jelas kita nampak di sini.
Saya baru-baru ini pergi ke Okinawa. Di Okinawa saya juga dapat kenal pasti beberapa perusahaan yang boleh dikuasai ataupun diusahakan oleh kita di Malaysia. Saya ingin cari orang-orang yang berminat untuk dihantar ke Okinawa dan tempat lain di Jepun untuk belajar bisnes-bisnes di sana. Saya nak bagi tahu bahawa saya melawat kilang glass factory dan saya lihat bagaimana mereka membuat barangan gelas yang cukup cantik. Lepas itu mereka suruh saya buat, saya mana boleh buat sebab saya tak pernah buat kerja ni. Tapi dalam masa 15 minit saya telah dapat buat gelas warna merah walaupun tak lah terbaik tetapi boleh diguna. Jadi kita semua boleh belajar kalau kita nak belajar. Bukan tak ada kebolehan, kita ada kebolehan tapi kalau tak ada usaha kita tak akan dapat guna kebolehan kita. Saya yakin dengan program seperti ini lebih ramai daripada kita akan tukar Nak Ubah 2020 nanti.”