Ads

Ahad, 19 Mei 2019 – Alhamdulilah tamat sudah program Millionaire Marketing Mastery (MMM) 2019 – Monthly Group Coaching (MGC) Sesi 2 berlangsung dengan jayanya. Ramai yang tak sabar untuk melakukan tindakan dengan segala ilmu yang dicurah Dr Azizan Osman kepada mereka di Acapella Suite Hotel & Residences dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kami percaya ramai usahawan-usahawan di luar sana risau sales yang tak naik, bisnes susah nak grow dan marketing tak jalan. Kalau nak dilistkan memang tak cukup kertas kalau nak dibandingkan dengan semua masalah-masalah bisnes yang anda hadapi. Betul betul?

Disebabkan masalah seperti ni lah, kami ‘bertanggungjawab’ untuk membantu anda semua. MGC kali kedua kali ini menunjukkan peserta masing-masing memberikan komitmen yang luar biasa pada hari tersebut. Walaupun menahan lapar dan dahaga mereka tak jemu-jemu fokus mendengar ilmu yang disampaikan mentor usahawan, Dr Azizan Osman.

Dengan adanya program seperti ini juga sebenarnya membantu mereka belajar daripada usahawan lain yang dah berjaya. Inilah masa untuk mereka mula ber’networking’ antara satu sama lain. Sharing antara satu sama lain seperti ini juga memberi peluang kepada mereka untuk belajar dengan usahawan yang lebih berjaya. Peluang seperti inilah yang mereka patut ambil.

Ada lagi 2 sesi yang perlu mereka ‘hadap’ untuk menjadikan bisnes mereka lebih terlorong ke arah yang betul dan tepat. Inilah pentingnya ilmu dan mentor. Jika tiada dua ni bisnes anda mungkin tak boleh berkembang dan hanya tersekat di tempat yang sama sahaja.

Mungkin ada yang merasakan bahawa cukup dengan pengalaman sahaja dah mampu menguruskan bisnes yang sedang anda jalankan. Melihat, merasai dan belajari apa sahaja yang dialami sudah cukup buat anda fikir bahawa adanya mentor ni tak perlu.

Mungkin ada yang berjaya dengan prinsip tersebut. Namun anda perlu ingat dalam perniagaan, perlu ada bimbingan dan ilmu pengetahuan tentang pemasaran, pengiklanan dan sebagainya amatlah penting bagi memajukan lagi perniagaan kita. Kena pula zaman teknologi yang berubah dengan begitu cepat. Kalau anda msih lagi menggunakan teknik lama sampai bila bisnes anda nak berjaya. Parah kalau ketinggalan jauh! Jadi, kami berharap semua peserta yang hadir pada program ini dapat menjalankan perniagaan dengan baik dan lebih berjaya.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>