Ads

Siapa yang tonton sesi Live Dr Azizan Osman malam tadi, pasti dah terbakar sikit dengan ilmu dari Facebook Live Dr Azizan Osman yang kami siarkan di Facebook Group Nak Ubah Hidup. Live yang kami adakan sempena 40 hari lagi menjelang Program Nak Ubah Hidup sebenarnya sedikit teaser tentang apa yang akan dipelajari di Program Nak Ubah Hidup.

Dr Azizan Osman ada sharekan tentang apa perkara yang anda perlu ada untuk Ubah Hidup. Ada 6D semuanya, dan ini adalah perkara asas yang kalau tak ada dalam diri anda, ianya akan buatkan anda takkan mampu nak ubah apa-apa dalam hidup anda.

Sebenarnya mudah sangat nak ubah hidup kalau anda NAK, dan tahu apa yang anda nak ubah, apa perancangan anda nak ubah dan apa tindakan yang perlu anda buat. Masalahnya ramai orang hanya tahu berimpian, tapi tak tahu bagaimana nak capai impian.

Ramai orang tahu dia NAK buat sesuatu yang berbeza, tapi untuk apa, untuk siapa dan bagaimana nak bermula..ini yang mereka gagal untuk jawab dan kenal pasti.

Dalam diri manusia sepatutnya ada ‘drive’ atau sesuatu yang membakar diri mereka sehingga membuatkan mereka sanggup komited dan buat sapa saja untuk capai impian. Ada yang sanggup buat apa saja demi nak hilangkan rasa bengang dalam diri, ada yang sanggup berkorban apa saja untuk bahagiakan orang tersayang, dan ada orang yang jadikan keadaan tertekan dengan tahap hidup sekarang sebagai faktor untuk mereka buat tindakan ubah hidup mereka.

Anda? Apa yang buatkan anda Nak Ubah Hidup? Pasti ada sesuatu yang menekan perasaan, hati, fikiran dan tubuh badan anda? Senaraikan…dan jika anda ada impian, mulakan tulis 101 Impian anda dan bawa ke Program Nak Ubah Hidup nanti.

Ramai peserta Program RichWorks yang hadir ke program sebelum ini, dan senaraikan 101 Impian mereka, dan Alhamdulillah dengan izin Allah, berkat ilmu dan tindakan yang konsisten dan komited, ramai antara mereka yang dah berjaya capai impian mereka. Ada yag dah mampu langsaikan hutang dan hidup lebih baik seperti Tuan Megat Saifulreza Syukor pemilik Jerux Liur Leleh, ada yang dah mampu keluarkan keluarga dari kesusahan hidup di kawasan setinggan seperti pemilik Ayaq Mangga By Bonda, Puan Siti Aisyah Kamaruddin, ada yang dulunya nama je ada bisnes, tapi bisnes pun setakat sales ciput je, tapi sekarang dah mampu ada butik dengan sales ratus ribu sebulan seperti Puan Irah Shukri.

Sesungguhnya kami nak ucapkan tahniah kerana anda dah daftar ke Program Nak Ubah Hidup. Anda dah sealngkah ke hadapan untuk perbaiki hidup anda di tahun 2020 dan seterusnya, jika anda komited buat tindakan.

Anda lihat ye, ramai orang berjaya di luar sana, mereka berjaya kerana mereka buat persediaan awal. 80% kejayaan adalah bergantung kepada persediaan. Ramai orang kata, mudah je nak ubah hidup..petik jari je, tapi sebenarnya cakap memang mudah, tapi jika anda mental koyak, hati tak kental, tindakan hangat-hangat tahi ayam dah tu tak ada pulak mentor dan ilmu yang boleh bantu…tak kan berubah jugak hidup anda.

Jika anda rasa ada orang lain yang sepatutnya hadir ke Program Nak Ubah Hidup, sampaikan mesej dalam kami kepada mereka dan boleh kongsikan link ​www.nakubahhidup​ kepada mereka.

38 hari lagi kita akan berjumpa.
38 hari lagi anda akan saksikan Dr Azizan Osman secara live di Program Nak Ubah Hidup
38 hari lagi bakal bantu tentukan bagaimana nada nak harungi tahun 2020!

Kami tak sabar nak jumpa anda!

Salam Kejayaan
Team RichWorks

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>