Ads

Produk yang baik tak semestinya jenama yang berjaya, gah dan terkenal tetapi satu produk yang buruk dah tentu-tentu satu kegagalan. Apa yang penting dalam marketing ialah menawarkan produk yang baik, beri manfaat dan tak memudaratkan orang lain.

Produk atau servis mestilah ada satu ‘sentuhan’ untuk memenuhi keperluan pelanggan. Perkara ni sama seperti anda jadikan masalah pelanggan sebagai satu peluang untuk anda offer sesuatu yang berguna untuk mereka.

Jangan hanya berfikir tentang produk fizikal je, tetapi juga perkhidmatan anda. Mesej yang anda sampaikan tentang produk atau servis tersebar dengan cepat, dan bila persepsi negatif mula wujud, agak susah untuk anda pulihkan.

Of course, nak ada jenama sendiri memang satu idea yang hebat dan memang diimpikan ramai orang. Tapi, nak bina jenama sendiri tak mudah seperti ramai orang fikir. Ada 3 perkara yang anda patut elakkan bila nak lancarkan produk atau lebih-lebih lagi, brand anda sendiri.

1. Jangan lancarkan produk yang belum 100% bersedia

Ramai usahawan terlepas pandang perkara ni. Dalam usaha mereka untuk dapatkan feedback sales secara cepat, ramai usahawan tergesa-gesa untuk pasarkan produk. Sepatutnya, produk anda mestilah bersedia dari semua aspek. Bila produk anda lancar dalam keadaan 100% bersedia, mesti ada pengguna sanggup membayar untuk dapatkan produk atau servis anda.

2. ‘Try hard’ untuk jadi berbeza dari orang lain

Jadi berbeza dari orang lain adalah sesuatu yang baik dan unik dalam membezakan produk anda melalui pelbagai bentuk marketing. Tapi, jadi berbeza dalam keadaan yang keterlaluan mampu menjejaskan produk anda. Ya, mungkin ada kesan yang baik tapi anda mesti tahu akan ada kesan buruk yang boleh berlaku.

3. Tak konsisten buat kempen untuk tujuan branding

Banyak produk yang ‘viral’ pada awal kemunculan – marketing sana sini tapi akhirnya beberapa lama lepas tu terus stop sebab tak konsisten dalam menjalankan kempen. Apa yang anda perlu buat ialah sentiasa pantau hasil kempen penjenamaan anda. Lebih-lebih lagi bila perniagaan anda tu merupakan bisnes SME (Small-Medium-Enterprise).

Dah tentu tak mudah untuk bina brand sendiri dan mendapat tempat di hati pengguna. Tapi, kalau anda yang dah ada brand sendiri dan cuba membinanya, anda mesti ada cara dan kaedah yang betul. Kalau tak, sia-sia je usaha anda bina brand sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>