Ads

Pejam celik pejam celik, tamat sudah ICM Melaka yang berlangsung pada 17 September hingga 21 September di Hatten Hotel, Melaka kali ini. Persediaan team Richworks dilakukan awal untuk memberi yang terbaik untuk Titanium Circle yang akan berkampung di Hatten Hotel, Melaka. Walaupun penat, dan baru saja selesai dengan sesi Zoom Coaching yang berlangsung selama 10 hari bermula jam 7 pagi hinggalah 11 malam, namun melihatkan peserta Titans yang hebat, bersemangat dan yang ingin ubah diri mereka untuk berjaya dan kaya, semua kepenatan team Richworks tadi hilang.

Bagi  Richworks, ini salah satu usaha dan fardhu kifayah yang perlu dilakukan untuk membantu orang lain dari segi tenaga dan juga keringat. Tidak dilupakan juga kepada mentor, Dr Azizan Osman yang tak pernah jemu, mengeluh dan penat mengendalikan anak didiknya dalam meneraju perniagaan masing-masing. Memang tabik spring!

Tak lupa juga buat mereka yang berada dalam Team High Networth Client. Semuanya hebat dan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi menjayakan program ini. Sepanjang 2 minggu persiapan dan diberikan pelbagai tugasan untuk menjayakan ICM di Melaka kali ini, masing-masing menunjukkan komitmen yang luar biasa. Sehari selepas selesainya sesi coaching,  team Richworks terus ke Hotel Hatten Melaka untuk mengendalikan program Inner Circle Meeting di Melaka pula.

Bertolak jam 8:00 pagi dari Wisma Richworks. seramai 16 orang staff Richworks ditugaskan untuk menjayakan dan mengendalikan ICM kali ini. Cuaca cerah hari itu seakan-akan menyambut baik kehadiran kami kerana cuaca ibarat nadi utama dalam program ini. Apabila tiba di Melaka kami terus bersiap sedia dan memulakan persiapan rapi di dalam dewan tingkat 11 sebelum menunggu keesokan harinya, program yang ditunggu-tunggu. Selesai segala persiapan sekitar jam 2:00 pagi, team Richworks pulang ke hostel dan berehat. Berdebar menantikan hari esok untuk bertemu dengan kesemua Titanium Circle.

ICM Summit Melaka kali ini dimulakan dengan cabutan nombor bagi menentukan kumpulan mereka untuk hari itu. Banyak aktiviti secara berkumpulan yang akan mereka sertai kali ini. Ucapan aluan dari Mentor tersohor Dr. Azizan Osman memecahkan hening suasana pagi itu. Alunan muzik rancak berkumandang bagi menaikkan energy peserta dan diikuti dengan tayangan di sebalik tabir Zoom One to One Coaching ternyata menjadikan anak didik azizan Osman ini tersenyum gembira. Semua peserta teruja melihat wajah masing-masing. Mereka datang dengan penuh harapan untuk belajar dan menimba ilmu. Rata-rata mengatakan sangat teruja dengan ICM kali ini kerana ianya sangat berlainan dengan ICM sebelumnya. Kali ini mereka tertanya tanya apakah lagi kelainan yang akan dibawakan oleh Richworks pula.

Dr. Azizan Osman yang penuh energy memulakan sesi pembelajaran. Sepanjang 4-hari berlangsung, pelbagai pengisisan dan idea yang dikongsikan kepada mereka. Ramai yang menggangguk-angguk faham dengan apa yang dibentangkan oleh Dr Azizan Osman.

Setiap hari, ada sahaja benda baru yang dipelajari oleh mereka. Ternyata, kedatangan mereka ke Melaka kali ini membawakan beribu pengertian untuk mereka. Arah tuju dan haluan lebih jelas untuk mengendalikan perniagaan mereka.

Salah satu perkara penting yang mereka telah praktikkan sepanjang 4-hari di Titan Summit ini adalah penggunaan ‘sticky notes’. Walaupun nampak mudah, ia satu proses pembelajaran yang sangat penting. Bila anda dapat sahaja apa-apa idea, pastikan anda tuliskan di sticky note. Proses ideation ini akan jadi permulaan untuk membantu hasilkan lebih banyak lagi idea yang bernas dan berguna untuk team dan diri kita sendiri.

Pelbagai lagi ilmu sarat yang dicurahkan oleh mentor, Azizan Osman kepada mereka yang pasti menjadikan satu titik mula untuk bertindak ke arah yang lebih baik. Menantikan ICM berikutnya, diharap lebih banyak ilmu dicurahkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Percayalah dengan adanya ilmu yang betul dan juga mentor yang betul, perniagaan anda akan sentiasa berada di landasan yang betul untuk terus berjaya. Yang penting jangan mudah menyerah kalah!

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>