
Ramai orang nak jadi ikon dan famous di media sosial terutamanya dalam platform Instagram dan Facebook. Jika bagi anda yang berniaga, semestinya anda perlukan kedai atau bisnes yang dikenali ramai terutamanya kepada pelanggan anda. Betul ke betul?
Tapi malangnya hari-hari anda tension. Susah betul nak dapat pelanggan, nak dapat WhatsApp pun susah, komen susah, PM pun susah.. Semuanya rasa susah dan serba tak kena!
Bagaimana nak mula ni?
Cer fikir jap…
Branding
Sebelum tu, apa maksud branding sebenarnya?
Branding adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tak kiralah bisnes besar, kecil, retail dan sebagainya. Orang akan lebih mudah percaya jika brand kita sentiasa buat orang nampak.
Contohnya, kami di RichWorks dulu hanyalah company yang baru nak mula, nak bina dan nak naikkan brand itu bukannya satu perkara yang mudah. Perlu konsisten dengan apa yang anda buat. Dari tahun 2008 sehingga sekarang tahun 2019, hampir 11 tahun RichWorks bina branding.
Usaha kami di RichWorks adalah untuk membantu usahawan-usahawan yang struggle di luar sana untuk capai impian-impian mereka dan juga bina bisnes yang lebih baik dan berjaya di masa hadapan. Team RichWorks juga tak henti-henti memberikan dan berkongsikan sesuatu yang bernilai seperti video, ebook dan sebagainya kepada followers kami.
Ini juga antara sebab nama RichWorks mula dikenali oleh peserta yang hadir ke program kami dan juga orang di luar sana. Ini bermaksud, mereka betul-betul faham dengan setiap value yang RichWorks berikan kepada mereka semua.
Nak diringkaskan cerita, jenama anda adalah apa yang anda janjikan kepada pelanggan anda. Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri sendiri.
Strategi Asas Mengenai ‘Branding’
1. Pemilihan Nama
Nama memainkan peranan yang sangat penting. Perlu tahu, brand dan produk adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang tersilap, nama produk dijadikan sebagai nama brand. Jenama yang besar-besar pun senaraikan terlebih dahulu. Macam Starbucks, mereka listkan lebih dari 100 pilihan nama. Anda pula macam mana?
2. Kenali Brand Anda
Kenalpasti keunikan dan kekuatan brand anda. Anda perlu tahu apa yang membezakan brand anda dengan pesaing. Dah kenal, baru boleh fokus dan serlahkan kekuatan dan keunikan brand anda.
Kalau boleh cari nama yang tak pernah orang pakai dan unik supaya dapat membezakan antara produk kita dengan orang lain. Tak lupa juga, anda perlu dapatkan logo yang sesuai untuk diletakkan ke semua tempat dan sosial media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.
3. Personal Branding
Selain brand/company profile, anda perlu guna Personal Profile untuk anda kembangkan dan kuatkan branding anda. Tambah lagi, bina Facebook dan Instagram profile untuk promote brand anda.
4. Content
Zaman sekarang ni banyak orang tak suka posting yang menjual atau yang berbentuk iklan. Jadi, cara nak approach mereka kena guna content marketing. Misalnya, tips, idea, storytelling, bagi sample dan sebagainya.
5. Cari Followers
Create your followers. Jangan sesekali pernah berhenti mencari followers baru. Anda harus sentiasa rekrut yang baru kemudian berikan content marketing. Ini salah satu cara nak bina ravings fans iaitu followers tegar.
Ini adalah 5 asas strategi untuk naikkan branding anda. Anda boleh cuba untuk pelanggan anda kenal dengan brand anda. Semoga strategi ini dapat membantu anda serba sedikit dalam naikkan brand anda.