Ads

Hari pekerja maksudnya hari cuti, kan? Kami di RichWorks ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga RichWorkians. Kalau orang lain berehat-rehat, kami berjalan-jalan di Citta Mall untuk menonton movie box-office yang paling hot sekarang, Avengers:Endgame dan makan tengahari di Nandos.

Mesti semua dah pergi tengok Avengers: Endgame kan? (Kalau belum, SPOILER ALERT!) Dengan Avengers: Endgame, Marvel Cinematic Universe baru saja mengakhirkan Saga epik 22 filem sepanjang 10 tahun yang merupakan salah satu pencapaian sinematik yang paling hebat dalam era filem moden.

Filem ini berakhir dengan kemas dan penuh dengan emosi ​kerana ianya membawa kepada kisah lama dari ahli asal Avengers, Tony Stark (Ironman), Steve Rogers (Captain America), Natasha Romanoff (Black Widow, Bruce Banner (Hulk) dan Thor. Misi mereka hanyalah untuk kembalikan masa supaya mereka boleh kembalikan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka yang hilang selepas ‘dilenyapkan’ oleh Thanos.

Seperti Avengers, RichWorks sudah pun 11 tahun dalam membina bisnes dengan team dan kerjasama yang hebat untuk membantu orang lain capai apa yang mereka patut capai melalui program-program yang dianjurkan. Nak cari team yang sama-sama ‘grow’kan bisnes dengan kita memang susah, tapi mesti ada caranya yang betul. Semuanya berbalik pada ‘VALUE’ sendiri.

Tak dinafikan, RichWorkians ada spirit yang luar biasa dalam melaksanakan apa saja tugas yang diamanahkan sampailah menjadi. Sikap ini terbawa-bawa sehinggakan pada hari outing yang lepas, RichWorkians jugalah yang membantu Pekerja Nandos dalam menghidangkan makanan dan membantu Pekerja MBO untuk menonton movie.

Dari Avengers: Endgame pun anda dah boleh tengok betapa kerja sebagai team ni sebenarnya sangat berbaloi. Bayangkanlah anda kerja sorang diri, terkontang-kanting, sampaikan sakit-sakit dah macam tak ada upaya lagi… Bila ada team, anda boleh delegate kerja dengan baik dan semuanya mesti akan berjalan dengan lancar. Betul betul?

Kami di RichWorks semua ada impian yang sama, nak tengok orang berjaya dan tingkatkan diri dengan ubah hidup dari biasa-biasa menjadi luar biasa. Itu yang kami akan lakukan setiap hari. Anda pun mesti ada impian anda juga, dan impian kami nak bantu anda supaya anda dapat capai apa yang anda impikan.

Nak Ubah Hidup mesti tak senang, akan ada je dugaan yang akan halang anda untuk ubah hidup jadi lebih luar biasa daripada sekarang. Tapi, sampai bila anda nak berada di tahap yang sama je?

Sempena merdeka, kami nak ajak anda untuk merdekakan diri anda dengan sertai program Nak Ubah Hidup yang akan diadakan pada 30 Ogos – 1 September di Setia City Convention Centre (SCCC, Shah Alam). Layari www.NakUbahHidup.com atau hubungi 1300-88-2424 (waktu pejabat) sekarang.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>