
Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian wang untuk kegunaan di masa depan. Sebenarnya, banyak teknik menabung dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan bagi korang yang liat menyimpan wang.
Di sini kami nak kongsikan pada anda 12 tips macam mana anda perlu ‘manage’ wang dengan betul dan bagaimana cara menyimpan wang cara orang kaya yang anda boleh ikut
- Tangguhkan sehari sebelum nak beli sesuatu
Tujuannya untuk melihat sama ada itu kehendak atau keperluan. Jika hari berikutnya masih tak rasa keperluan untuk beli maka anda boleh cancel terus.
- Sentiasa elak dari berhutang
Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang. Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain.
- Displin mengurus kewangan dan ikut 50/30/20 rules
Duit ni berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada displin yang kuat. Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja.
50 = Belanja, 30 = Pelaburan diri, 20 = Simpanan
- Invest pada sesuatu yang boleh bantu naikkan pendapatan bukan naikkan imej
Imej segak tapi pendapatan sengkek pun tak bermakna. Contoh pelaburan yang bagus ialah ilmu. Bila ilmu ada, duduk rumah pun boleh jana pendapatan.
- Tak buang masa buat sesuatu yang anda tak mahir
Kalau tak mahir buat sesuatu, upah je orang lain buat jika boleh jimatkan masa dan kurangkan mental distress anda. Duit boleh cari tapi masa tak ada di jual kat mana-mana.
- Utamakan pengalaman hidup berbanding pengalaman gembira
Tak takut untuk keluar dari “Zon Selesa” dan cabar diri buat sesuatu yang baru. Ini cara orang berjaya sentiasa upgrade hidup mereka.
- Hutang, bil dan komitmen selalu diutamakan sebelum berbelanja
Dapat gaji terus bayar hutang, bil dan komitmen. Ada baki baru fikir untuk belanja. Belanja boleh tunggu, tapi hutang kalau tak bayar ada interestnya nanti.
- Rancang pembelian setahun
Orang yang berjaya tak membeli ikut nafsu sebaliknya mereka membeli ikut perancangan. Dari awal tahun lagi mereka dah rancang apa yang nak dibeli, kenapa nak beli, di mana nak beli dan masa bila nak beli. Malah ada yang dah siap kalendar “sales” setahun tau!
- Work hard and play hard
Prinsip orang berjaya tak ada istilah ada rezeki dapat kalau tak ada rezeki tak dapat. Mereka buat sungguh- sungguh, kalau main pun main sungguh-sungguh.
- Boleh kawal keinginan untuk berbelanja
“Self-Control” mereka tinggi sebab itu mereka boleh ada disiplin dan kawal keinginan untuk berbelanja walaupun duit banyak.
- Value wang tak terletak pada nilai
Orang kaya tak pernah nampak value wang tu terletak pada berapa nilai wang tersebut sebaliknya value sebenar adalah pada manfaat yang mereka akan dapat dari wang tu. Kadang kadang manfaat yang tinggi boleh dapat dengan nilai wang yang kecil je.
- Orang kaya sayang setiap benda yang dia beli
Orang kaya tak pernah membazir. Mereka sentiasa sayang pada apa sahaja yang dibeli. Mereka tak pernah buang apa yang dibeli!
Amacam, bagus ke bagus tips ni..? Bagus kan. Duit yang ada jangan disalahgunakan. Kalau kita boleh jaga dan ‘manage’ diri kita dengan baik, kenapa tak kepada bisnes dan kewangan kita. Semoga tips yang kami kongsikan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk menjaga kewangan yang anda ada sekarang ni.