
Selalunya kita dengar kata-kata ‘90% rezeki banyak datang dari hasil berniaga’. Memang bagus kita tengok makin ramai orang yang berniaga sekarang ni tak kira usia atau apa pun barang yang dijual. Dari rakyat biasa sampailah kepada orang-orang ternama, semua ada bisnes sendiri.
Tapi, ramai orang yang fikir dia berniaga dan jual beli hari-hari sebab nak ‘survive’. Of course, perkara tu betul…untuk orang yang baru nak berniaga, baru mulakan bisnes sendiri. Tapi kalau usahawan yang dah bertahun? Takkanlah masih lagi fikir nak survive je….
Pada satu sesi khas dari Inner Circle Meeting (ICM) bersama Titanium baru-baru ni, kata-kata MenThor Dr Azizan Osman “Setiap bisnes mesti ada peningkatan, ada tanda-tanda peningkatan yang mungkin ramai usahawan tak perasan”
Of course, setiap bisnes yang wujud dan ada dalam dunia ni bermula dengan ‘sorang-sorang’. Dengan bermula sorang-sorang, kita takkan mampu buat semua perkara sendiri kalau nak pergi lebih jauh. Bak kata MenThor Dr Azizan Osman sendiri, “Jangan cuba buat semua benda”.
“If You Want To Go Fast Go Alone If You Want To Go Far Go Together”
Zaman sekarang ni memang senang nak menjual beli, tapi susah nak sustain dan bawa bisnes lebih jauh daripada level sekarang. Nak berubah dari biasa-biasa kepada luar biasa memang susah, sampai ada yang kena try and error.
Bagi Co-Founder RichWorks, Tuan Haji Jerry juga beri pandangan semua usahawan kena pilih sama ada nak ‘survive or thrive’ atau dalam erti kata lain – nak kekal biasa atau nak pergi lebih jauh. Setiap usahawan kena tanya ni pada diri mereka sendiri.
Sebab tu setiap syarikat atau bisnes yang nak berada pada level yang lebih jauh dan lebih tinggi lagi kena main game yang berbeza, kena ada team yang ramai.
Anda nak tak jika diberi peluang untuk tahu macam mana nak tambah team untuk bawa bisnes lebih jauh lagi pada tahun 2020?
KHAS untuk usahawan yang nak bina bisnes berjaya pada tahun 2020, klik www.BinaBisnesBerjaya2020.com untuk maklumat lanjut.