Ads

Ahad lepas, 26 Mei 2019, 6 orang dari Team RichWorks dengan penuh semangat telah terima tanggungjawab untuk buat sesi Live bersama para peserta program RichWorks yang terpilih, termasuk ahli SPIRE dan ahli Titanium yang membuka booth di KL Raya Fest 2019 di MITEC dan Program StarVendor di PWTC.

Sebaik sahaja kami sampai di MITEC sekitar tengahari Ahad lepas, barisan kereta yang diletakkan di bahu jalan memberi gambaran kesesakan yang akan kami hadapi.  Tapi itu bukan satu alasan untuk patah balik dan tidak melaksanakan apa yang kami perlu lakukan. 

Deretan orang ramai yang beratur untuk mendaftar masuk ke acara KL Raya Fest 2019 di kaunter yang disediakan di Malaysia International Trade And Exhibition Center (MITEC) pagi itu membayangkan kesesakan yang akan kami hadapi di dalam dewan.

Kami tak pasti berapa banyak booth yang dibuka, tetapi melihat kepada jumlah orang ramai yang masuk dan keluar dengan tangan yang penuh dengan beg-beg shopping dan wajah yang riang, kami yakin keadaannya pasti meriah di dalam sana.

Sebaik sahaja kami masuk, deretan booth yang tersusun dan dihias cantik memukau mata, kami terus ke booth pertama yang sudah kami senaraikan untuk kami temubual.

Ini bukan ‘Jalan-Jalan Cari Makan’, tapi ini adalah ‘Jalan-Jalan Cari Student Dr Azizan Osman.’ Booth pertama milik Tuan Afiq Razak, yang menjual pelbagai jenis kuih raya, beliau yang ditemani isteri dan juga beberapa orang teamnya.

Pemilik perniagaan Million Food ini nekad nak ubah hidup beliau bersama keluarga setelah rasa yang hidupnya asyik berada di tahap yang sama dan setiap bulan kena ikat perut sebab duit gaji sentiasa tak cukup untuk tampung kehidupan keluarga.

Berdepan dengan isu kekangan masa yang membuatkan setelah sekian lama bekerja beliau nekad berhenti kerja dan mulakan perniagaan sendiri. Beliau berpegang kepada ajaran Mentornya, Dr Azizan Osman. Nak buat bisnes, tak semestinya kita kena hasilkan atau keluarkan produk sendiri. Dengan jual produk orang lain pun kita boleh buat bisnes.

Menarik lagi, Tuan Afiq juga suka menawarkan dirinya untuk jadi crew setiap kali RichWorks adakan program. Jadi crew kena tolong jaga mikrofon dan pintu hall, kenapa suka jadi crew tanya kami pada beliau?

Beliau jawab kita sebagai manusia kena banyak bantu dan bagi manfaat pada orang. Jadi ini adalah salah satu cara saya bantu orang dan balas budi baik Mentor saya.

Journey kami diteruskan lagi bila kami dapat tahu seorang lagi peserta kami, Puan Huda, turut membuka booth di KL Raya Festival. Bila kami sampai ke booth beliau, ramai pelanggan yang datang.  Booth yang menjual pakaian kanak-kanak dengan jenama Darwish Rich Design. Dalam perkongsiannya, beliau bercerita bahawa beliau dulu seorang banker. 

Pernah hadir ke program IMKK pada tahun 2013 dan bisnesnya lahir selepas program IMKK.  Nama Darwish Rich Design itu sendiri terinspirasi dari nama RichWorks sendiri jelas Puan Huda. Hanya melalui IMKK, beliau mampu buat jualan RM 500 ribu setahun, tetapi kerana perasaan mudah selesa, Puan Huda berhenti belajar dan bisnesnya mula jatuh.

Nekad perlu bangkit dan ubah hidup, beliau sertai pula Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada Disember 2018 dan kini bisnes beliau sudah mula kukuh dan berjaya semula.

Kami teruskan lagi misi mencari student Dr Azizan Osman dan kami menuju pula ke booth Ayaq World. Puan Siti Aisyah Kamaruddin yang mula berniaga di pasar malam jual air mangga kini merupakan salah seorang ahli Titanium RichWorks yang dah berjaya mempunyai HQ nya sendiri di Sentul, mampu keluar dari kesusahan hidup di setinggan dan bina rumah untuk keluarganya sendiri malah beliau banyak kali tekankan bahawa segala kejayaan ini adalah hasil dan usaha beliau disamping tidak pernah gagal menuntut ilmu dari Mentornya iaitu Dr Azizan Osman. Siapa sangka wanita yang berniaga di pasar malam kini mampu menjadi jutawan hanya dengan jual air mangga je..

Kami rasa belum cukup lagi misi kami hari ni. Walaupun dalam bulan puasa, kami tak rasa penat malah makin excited nak cari lagi student Dr Azizan Osman kat sini. Kali ni kami jumpa pula dengan salah seorang ahli SPIRE RichWorks iaitu founder Bie Empire, Puan Zubaidah Zainal Abidin atau lebih familiar dengan panggilan Kak Bie. Nekad tak nak lagi hidup susah sampai bila-bila, Kak Bie terus berusaha dan mencari ilmu dan Mentor yang boleh bantu beliau keluar dari kesusahan hidup dan ubah tahap kewangan keluarganya.

Selesai misi kami di MITEC, selesai berbuka puasa, kami teruskan pula perjalanan dan misi kami ke PWTC untuk mencari lagi student Dr Azizan Osman di sana. Jalan nak ke PWTC pun dah sesak, kami dah jangka yang memang akan ramai orang ke PWTC dan shopping raya.

Maklumlah, waktu-waktu ni lah semua orang sedang sibuk buat persiapan raya. Tapi tu semua tak patahkan semangat kami. Misi perlu diteruskan. Kami nak lebih ramai orang berjaya dan terinspirasi dengan kisah-kisah kejayaan student Dr Azizan Osman.

Setelah hampir 10 minit meredah kesesakan manusia yang berada di PWTC, akhirnya kami berjaya masuk ke dalam Hall 4, PWTC. Misi diteruskan, kali ni kami interview salah seorang ahli Titanium Premier kami iaitu Puan Aida Aznita, founder Sambal Garing Che Nor. Bila ditanya, kenapa beliau terus bersama dan percaya pada RichWorks?

Beliau jelaskan yang bila bersama RichWorks beliau dah boleh dapat result, bisnes beliau makin berjaya kenapa beliau nak berhenti dan tinggalkan RichWorks? “Saya nampak perubahan yang berlaku pada bisnes saya dan atas sebab tu saya apply menjadi ahli Titanium Premier sebab saya nak guide yang lebih dekat dari Dr Azizan Osman.”

Misi kami berakhir dengan sesi interview terakhir bersama jutawan jeruk iaitu Tuan Megat Shaifulreza Ab Shukor, pengasas The Famous Jerux Liur Leleh House. Jutawan jeruk ini juga sama seperti anda, melalui fasa hidup susah, ada masalah keluarga dan kewangan. Bekerja sebagai buruh, apalah sangat yang boleh bantu beliau beri kesenangan pada keluarga.

Akhirnya atas desakan abang beliau, beliau hadir ke program IMKK dan disitulah bermulanya perjalanan baru hidup beliau bersama RichWorks yang akhirnya membawa kejayaan dalam hidup dan bisnes beliau. Semua yang kami temubual pernah lalui zaman susah dalam hidup masing-masing.  Apa yang membezakannya ialah apa tindakan yang mereka ambil untuk ubah hidup masing-masing. 

Sudah pasti, semuanya tak akan berlaku sekelip mata, ada banyak proses yang peru mereka lalui tapi kerana mereka sudah ambil langkah untuk berubah dari awal lagi, Alhamdulillah sekarang mereka menikmati hasilnya dan mereka percaya dengan adanya ilmu dan Mentor yang bantu membimbing mereka, mereka tak akan buat kesilapan yang sama lagi dalam hidup mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>