Ads

Selamat Tahun Baru! Kami pasti tahun baru anda disambut dalam keadaan yang baik-baik je. Adakah anda dah plan semua impian dan matlamat anda untuk tahun ni? Bersedia atau tidak, tahun 2019 dah pun melabuhkan tirai, era baru iaitu tahun 2020 dah pun tiba.

Biasanya bila dah masuk tahun baru ni semua orang sibuk update status ‘2020, please be nice to me’ ataupun ‘new year, new me’. Anda perasan tak sebelum tahun 2019 berakhir, semua orang ikutkan trend ‘start of decade and end of decade’?

Mesti dah banyak perkara pada diri anda yang dah berubah sejak 10 tahun yang lepas, kan? Contohnya, dulu anda di tahap yang biasa-biasa tapi sekarang anda dah jadi seorang usahawan dan leader yang berjaya. Ish, bangga tengok diri sendiri kalau macam ni!

Pasti tahun dan era baru ni anda nak capai lebih banyak perkara dan impian. Kalau anda dah buat yang terbaik pada tahun 2019 dan sebelum-sebelum ni, apa salahnya anda improve dan jadi lebih baik terutamanya sebagai seorang leader. Caranya? Baca list di bawah.

1. Passionate, passionate, passionate

Adakah anda bangga kalau leader anda tidak benar-benar peduli dengan matlamat bisnes? Sudah tentu tidak! Leader bukan je tertumpu macam mana nak mendapatkan ahli kumpulan untuk menyelesaikan tugas, tapi ada passion yang jelas untuk semua usaha untuk bina bisnes.

Secara tak langsung, keadaan ini akan memberikan aura yang baik dan positif kepada orang sekeliling anda. Cara ini juga melatih diri anda untuk jadi lebih baik dan membuatkan team anda akan memandang tinggi dengan rasa hormat terhadap anda.

2. Jangan ‘bertuhankan’ alasan

Inilah yang banyak makan diri semua orang sebenarnya. Ramai orang yang ‘sabotaj’ diri sendiri dengan memberi banyak alasan dalam kehidupan mereka. Apa yang lagi teruk bila ada juga orang yang menuding jari dengan menyalahkan orang lain menjadi punca kenapa diri mereka jadi lebih teruk.

Anda bukan orang yang gagal, cuba setkan mindset yang anda mampu buat dan tak buang masa untuk buat perubahan. Pada saat anda berhenti ‘bertapi’ atau bagi alasan, masa tu segalanya akan berubah.

3. Lebihkan mendengar dan kurangkan bercakap

Perkara ni paling penting untuk bisnes owner atau usahawan yang berperanan sebagai leader dalam proses untuk bina team yang ramai. Ini salah satu perkara penting yang sering ditekankan oleh MenThor Dr Azizan Osman sendiri.

Sebagai seorang leader, anda sepatutnya mendengar pendapat staf, pekerja atau orang sekeliling anda. Beri peluang untuk mereka bercakap dan anda hanya perlu mendengar. Cara ini yang paling berkesan untuk kenalpasti kesalahan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

4. Betulkan niat anda semula

Adakah anda menjalankan perniagaan? Kenapa agaknya anda mulakan bisnes pada awalnya? Dah tentu anda nak ubah hidup dan capai tahap kewangan yang lebih tinggi daripada sebelum ni ataupun dalam bahasa mudah ‘nak kaya’.

Semua orang nakkan hidup yang senang tapi apa yang buatkan anda lagi senang bila anda betulkan niat untuk bantu orang lain. Macam MenThor Dr Azizan Osman selalu cakap “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

5. Sentiasa upgrade ilmu

Ilmu sangat penting untuk manusia sebab manusia ibarat sebuah pohon yang perlu disiram dengan ilmu supaya boleh berkembang dengan lebih baik dan cantik. Lebih-lebih lagi pada seorang leader yang sepatutnya lead team mereka.

Pernah ada seorang usahawan yang tak nak upgrade ilmu sebab dia rasakan ilmu yang dia ada dah cukup. Akibat yang dia perlu tanggung ialah pekerja lari kepada pesaing sebab pesaing rajin upgrade ilmu untuk jadi lebih baik. Anda mesti tak nak keadaan ni berlaku kan?

So, tahun 2020 dah mula. Apa lagi yang anda tunggu untuk jadi seorang leader yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni? New year better me, betul betul? Mulakan langkah anda untuk tahun 2020 sekarang di www.NakUbahHidup2020.com

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>