Ads

Setiap perkara yang kita buat tu mesti ada sebabnya. BIG WHY. Cakap pasal Big Why, kami share kisah macam mana seorang ahli Titanium yang bisnesnya hanya dengan jual popcorn. Popcorn je beb! Dan dia baru je berusia 21 tahun, dan dia tak tamatkan pelajaran sebab situasi yang tak mengizinkan.

Tuan Mohamad Shazarul Ismail, Pemilik Eng’s Pop Corn mula bekerja di pasar pagi dengan bapa saudaranya dengan gaji RM900 je. Masa tu, dia dah tak dapat nak lanjutkan pelajaran. Dan dia rasa sedih sebab banyak benda dalam hidup dia tak dapat capai termasuk nak bantu keluarga.

Bayangkanlah, RM900 tu apa sangat yang kita boleh buat pada zaman yang semua benda nak kena guna duit. Memang tak cukup! Shazarul mula cari jalan untuk UBAH semua tu. Satu hari tu, dia ternampak mesin buat popcorn milik ibunya dan dia pun cuba buat popcorn untuk makan sendiri je…

Tapi lain pula yang jadi… dah buat tu sedap pulak, bau yang wangi buatkan jiran dia pun nak jugak. Sambutan memang meriah dan menggalakkan. Dah beli satu, jiran dia beli lagi… Dari situlah dia mula dapat idea nak berniaga popcorn.

Alhamdulillah, sekarang beliau dah mampu ada kilang kecil dengan 14 orang kakitangan. Bagi seorang anak muda yang berusia 21 tahun yang pernah kerja di pasar pagi – ianya adalah sesuatu yang membanggakan bila mampu buat peningkatan jualan yang sangat besar selepas sertai Program RichWorks.

Nak dibandingkan, dia mampu buat RM152 ribu sahaja pada awal tahun 2018 hingga Jun 2018. Alhamdulillah, setakat tahun ni je dia dah mampu buat RM1.09 juta – dengan jual pop corn je! Macam tak boleh nak brain je baca kisah dia ni kan…!

Dikenali sebagai Tuan Zarul, beliau yang team kami temubual akui beliau sangat pemalu dan masih perlu belajar banyak perkara untuk menjadi usahawan berjaya. Yang paling buatkan kami terharu, bila dia kata beliau melihat RichWorks sebagai sekolah dan pusat pengajian tinggi yang beliau tak dapat nak pergi satu masa dulu.

Kami yakin, kat luar sana ramai juga yang lalui pengalaman yang sama, ada Big Why yang nak dicapai dan tak tahu macam mana nak bermula. Mungkin anda dah boleh rasa selamat sebab dah pun daftar untuk hadir ke program Nak Ubah Hidup, tapi macam mana dengan orang lain kat luar sana?

Untuk mengingatkan anda, program Nak Ubah Hidup akan diadakan pada:

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>