Ads

SWIIITTTCCHHHH!!!!

Bergegar sorakan lebih 12,000 ribu peserta di dalam dewan Setia City Convention Centre (SCCC) yang hadir pada program Nak Ubah Hidup bermula 30 Ogos 2019 hingga 1 September 2019. Akhirnya program yang julung kali diadakan ini melabuhkan tirainya dengan penuh semangat membara dari kesemua peserta yang NAK UBAH HIDUP. Alhamdulilah!

Ramai yang tak boleh move on! Ramai peserta yang nak hadir lagi ke program ini. Ramai juga yang tak nak balik! Masih lagi on FIREEEE!! Ini bukan propa. Ini adalah sharing yang kami terima daripada beberapa peserta yang kongsikan moment-moment mereka ketika di Program Nak Ubah Hidup kali ini. Bersemangat semuanya! anda harus ingat ini bukan pengakhiran tapi satu permulaan!

Walaupun Program NUH dah tamat tapi ini bukanlah satu pengakhiran tapi ianya satu permulaan bagi mereka yang mula nak ubah hidup! Ramai peserta yang datang ke sini untuk ubah hidup mereka dari biasa ke luar biasa. Sampai bila harus lengahkan kejayaan yang kita sendiri yang tak bersunggguh-sungguh untuk bertindak? Betul betul?

Ramai antara mereka di luar sana yang susah, struggle dalam hidup, datang ke sini niat untuk ubah kehidupan mereka. Asyik terbelenggu dengan hutang dan macam-macam masalah, siapa saja yang nak kan kehidupan macam ni selamanya?

“Semua orang sama diberi 24 jam, tak ada siapa lebih, tak ada siapa kurang. Allah sangat adil. Masa sama untuk semua orang. Yang membezakan orang lain adalah bagaimana dia mengejar masa. Demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian.” Dr Azizan Osman

Benar apa yang dicakapkan oleh Dr Azizan Osman. Setiap orang diberikan masa 24 jam sehari tapi apa yang membezakan anda dan orang yang berjaya? Inilah dikatakan sebagai tindakan! Kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan anda sendiri masih di takuk yang sama. Mana tindakan anda? Apa yang anda buat?

Nak berjaya awal, anda perlu start awal-awal. Komited sampai habis. Jangan tangguh kejayaan anda. Orang berjaya buat sesuatu, buat terbaik, sampai habis. Ini adalah permulaan yang perlu anda lalui hingga sampai ke penamatnya. Apa yang penting jangan pernah putus asa dengan apa pun yang berlaku dalam hidup anda.

Program ini juga melibatkan semangat, kolam jiwa dan keyakinan diri serta personaliti diri yang berkaitan dengan jati diri. Apa fokus dalam hidup, target dan sasaran dalam hidup, thought dan feeling anda. Kepada anda yang belum melangkah masuk ke program NUH ini, tunggu pengumuman dari kami bila ia akan dilangsungkan semula. Apa yang pasti program ini membuatkan orang tertunggu-tunggu untuk Nak Ubah Hidup!

Program yang turut dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan seperti Mawar Rashid, Noraniza Idris, Hanez Suraya, Chef Zam dan beberapa lagi selebriti lain ternyata menyuntik semangat baru kepada mereka yang hadir.

Ayuh bangkit semuanya.

Ini bukan pengakhiran tetapi ianya

SATU PERMULAAN !!!

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>