Ads

Orang kata darah muda ni lain macam sikit, semua benda nak ikut kehendak dan kemahuan sendiri je. Masa muda-muda ni lah semua benda nak best-best je, smartphone paling latest, lifestyle yang gempak. Tapi, usahawan muda macam mereka ni tak macam tu…

Susah sebenarnya nak tengok orang muda ni masuk bidang perniagaan ni… Bukan apa, bisnes ni memang tak mudah dan setiap orang ada cabarannya sendiri. Apa yang penting, masing-masing ada matlamat tersendiri yang mereka nak capai.

Seperti anak muda yang lain, Cik Mehrun Najua juga ada impiannya sendiri. Beliau nak sambung belajar supaya ada sesuatu yang boleh dibanggakan Mak. Tapi, lain pula yang jadi… Rupa-rupanya, Maknya mengharapkan Mehrun untuk ambil alih tempatnya di Gerobok Budget.

Of course mula mula tu Mehrun memang tak nak, dia masih lagi tetap dengan hasrat untuk sambung belajar… Tapi, lepas datang ke program RichWorks je, dia terus rasa confident untuk bantu Maknya.

Mehrun sedar selama ni dia cuma nak buat Mak gembira, sebab tu dia tinggalkan impian untuk belajar demi tunaikan impian Mak. Dalam masa beberapa bulan je, dia dapat capai RM200,000 pada usia 19 tahun, beb…. Apa korang rasa bila Mehrun pun boleh buat sebanyak tu dalam masa sekejap je?

Bagi Tuan Ozir Zuri pula, dia merupakan seorang trainer dan consultant ejen melalui nama Krupers Global Resources. Masa jadi student lagi dia dah dedahkan diri dengan bidang bisnes, padahal orang lain masa belajar fikir nak have fun je…

Semuanya bermula dengan niat nak bantu dan balas jasa keluarganya je… Apa yang membimbangkan Ozir ialah, akaunnya pernah tinggal RM100 je sedangkan boleh buat RM40,000 sebulan. Itu yang buatkan Ozir buat keputusan untuk belajar lebih banyak tentang bisnes.

Sejak tu, Dr Azizan Osmanlah kebanggaan dan idola baginya. Dia bercita-cita nak bantu orang ramai sama macam Dr Azizan Osman buat dalam bantu ramai orang menjadi usahawan berjaya. Berkat usahanya sendiri, hasilnya meningkat hingga lebih RM400,000 untuk sepanjang 2019 ni je.

Tak kisahlah berniaga apa pun, yang penting boleh bantu keluarga dan orang ramai… Tuan Shazarul Ismail yang baru berusia 21 tahun buat RM1.09 juta, jual pop corn je weh! Dulu dia bantu bapa keluarganya di pasar dengan gaji RM900 Mana cukup zaman sekarang ni kalau banyak tu je…

Hanya sebabkan dia ternampak mesin pop corn Mak untuk makan sendiri je, dan sebabkan bau popcorn yang sedap tu juga jiran jiran mula bertanya. Sampailah jadi satu bisnes dan batu loncatan Zarul mulakan bisnes sendiri.

Amacam? Hebat kan mereka ni boleh buat bisnes di usia muda dengan mudah je… Mereka tak lahir dalam keluarga yang memang senang, semuanya mereka usahakan sendiri untuk diri sendiri dan orang sekeliling mereka.


Kalau anda kenal orang muda kat luar sana yang tak patut give up dalam berniaga, minta mereka PM sosial media Team RichWorks supaya kami boleh bantu mereka. Ataupun layari je www.NakUbahHidup.com

Siapa Kata Doktor Tak Boleh Jadi Macam Usahawan Lain? Yeke… Macam mana pula dengan Puan Kartikawati, Dr Jue dan Dr Reza yang masing masing dari bidang professional? Nak tahu kisah mereka? Nantikan posting yang seterusnya…

#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
#ResultMatters
#TakNakUbahHidupLagiKe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>