
Kami percaya, tak ramai orang yang hidupnya senang sebabkan kerja bagus, lahir je dah jadi founder syarikat… Tapi, tak semestinya dia memang founder syarikat hidup dia memang senang memanjang. Sebab, semua orang ada dugaannya tersendiri… Betul betul?
Samalah macam Puan Noor Faeizah dan Tuan Ruhil Amal ni… Mereka berdua dulu kerja bagus bagus, beb. Tapi kerjaya sebagai seorang pensyarah pun belum tentu lagi berikan kesenangan dalam hidup mereka. Baca kisah mereka di bawah ni dulu.

Puan Faeizah dan Tuan Ruhil nekad nak ubah hidup menjadi lebih baik menyebabkan mereka tukar kerjaya menjadi peniaga baju kurung – Tapi boleh ke hidup macam tu?
Berapa ramai dari kita yang berselindung di sebalik perniagaan yang ala kadar, dan rasa macam hidup dah sempurna tapi hakikatnya, masih banyak masalah kewangan dan hidup terbeban dengan hutang?
Ramai
orang masih fikir, berjawatan tinggi dengan pendidikan tinggi boleh tolong kita
nak miliki pendapatan yang lebih tinggi. Betul, tak salah pun. Tapi, adakah
peningkatan pendapatan yang kita terima, dapat bantu kita untuk hidup lebih
baik dan bebas dari beban hutang?
Ini apa yang berlaku kepada Puan Noor Faeizah Bt Tumari dan Tuan Ruhil Amal B
Razali. Kalau dulu orang kata, semakin tinggi kita belajar, semakin besar
pangkat yang kita terima, semakin besar pendapatan kita… tapi tah kenapa masih
lagi tak cukup?
Dulu, Tuan Ruhil dan Puan Noor Faeizah adalah seorang pensyarah, tetapi selepas
mereka berpindah ke Perlis, Puan Noor Faeizah terpaksa melepaskan jawatannya
sebagai pensyarah. Di Perlis, Puan Noor
Faeizah memulakan perniagaan bermodalkan RM2,000 yang suaminya berikan.
Dalam masa yang sama beliau juga, mula melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD,
dan keluarga mereka bertambah bila dikurniakan pasangan anak kembar. Dan ketika
inilah mereka mula rasakan keperitan hidup.
Keluarga makin besar, perbelanjaan pun makin besar.
Walaupun suaminya bergelar pensyarah, masalahnya pendapatan suaminya pun tak
cukup nak tampung kehidupan mereka. Hakikatnya, hidup mereka hanya cukup-cukup
makan je. Sampaikan pernah lalui hampir
tak beraya disebabkan tak ada duit untuk servis kereta.
Kisah silam inilah yang buatkan pasangan ini lagi kuat nak berniaga. Pada
mulanya suka-suka, tapi mereka mula fokus untuk berniaga pada tahun 2015.
Ketika itu perniagaannya suam-suam kuku sahaja, ada kalanya bagus ada kalanya
tak. Awal-awal bisnes nak jual kain pasang sehelai pun susah sangat…
Bisnes ketika itu sangat bergantung kepada usaha mereka. Kalau mereka tak buka kedai, tak ada lah sales. Kalau rajin adalah sales tinggi, kalau malas..tak adalah. Dan mereka tak tahu pun macam mana nak buat untuk pastikan bisnes mereka terus berkembang dan jadi semakin baik.
Sehinggalah
mereka mula kenal RichWorks pada tahun 2018. Dari situ, mereka mula belajar
macam mana nak menjadi usahawan sebaiknya, yang mampu mengembangkan bisnes dan
bawa bisnes ke jalan yang betul.
Alhamdulillah, kata mereka dengan mentor yang betul dan ilmu yang dah terbukti
berjaya, mereka dah mampu mengembangkan bisnes mereka – Baju Kurung ByReefa.
Mereka sangat bersyukur, dengan jumlah sales yang dah mencecah RM1.8 juta pada
tahun 2018 dan untuk tahun 2019 yang baru sehingga April ini, sales mereka dah
cecah RM 1 juta.
Sebabkan bisnes beb, mereka lagi pilih untuk tinggalkan kerjaya mereka tu demi nak kembangkan bisnes… Kami yakin, mesti ramai orang kat luar sana yang ada nasib lebih kurang macam ni ataupun lebih teruk lagi bila tak tahu macam mana…
Untuk makluman anda, berikut adalah info untuk program Nak Ubah Hidup:
