Ads

Pada 18 Februari 2020 telah berlangsung program Business Evaluation Session and Transformation (B.E.S.T.) anjuran Richworks International Sdn Bhd yang dikendalikan oleh konsultan berpengalaman dan juga Vice President Richworks International, Tuan Hafiz Jasmi.

Program yang berlangsung selama empat jam itu dihadiri oleh 64 orang usahawan yang masing-masing teruja untuk mendapatkan tip-tip penting bagi mengembangkan perniagaan.

Menariknya, pada kali ini Tuan Hafiz  berkongsi Pantang Larang Dalam Marketing yang merupakan aspek penting dalam perniagaan.

Sebagai contoh, sekiranya anda tidak jelas siapa sasaran pasaran atau pelanggan akan menyebabkan perniagaan tiada hala tuju dan kemungkinan besar perusahaan tersebut bakal berakhir dengan kegagalan.

Begitu juga dengan kepentingan menyimpan rekod pelanggan dan bukannya berlumba-lumba mencari pelanggan baharu sehingga melupakan mereka yang pernah membeli atau menggunakan perkhidmatan kita sebelum ini.

Pengkalan data ialah ‘king’ kerana rekod tersebut boleh digunakan untuk rujukan akan datang dan memudahkan syarikat tersebut menyelesaikan isu yang dihadapi oleh pelanggan. Sekali gus, menawarkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak mereka.

Tidak dinafikan usahawan perlu mempunyai vision yang jelas supaya dapat merangka pelan-pelan untuk mencapai tujuan tersebut.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>