Ads

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk menyatakan keperihatinannya kami, RichWorks di dalam memelihara kesihatan para peserta program Zero To Million (ZTM), kami dengan ini membuat keputusan untuk mematuhi gesaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh11 Mac 2020 jam5:00 petang yang memandang berat di atas status terkini kes positif COVID-19 yang dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari semalam (Lampiran-Perenggan 11).

Untuk makluman, pihak Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pekeliling (Dilampirkan) menggesa semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.

Oleh demikian, RichWorks dengan berat hati mengumumkan program Zero To Million (ZTM) pada 13-15 Mac 2020 diteruskan secara ONLINE SEMINAR dan tidak diteruskan secara berhimpun di lokasi Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam seperti yang telah ditetapkan.

Dilampirkan kenyataan akhbar penuh dari Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rujukan.

Proses untuk pendaftaran ke sesi seminar online akan disusuli dengan panduan melalui email untuk semua peserta yang telah mendaftar untuk anda akses ke platform online khas kami.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian

019 244 2244 / 016 247 7450 / 016 713 6638

Terima kasih.
Team RichWorks

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>