Ads

ICM kali ini sangat berbeza daripada sebelum ini di Melaka, Penang dan Bangkok. Pengalaman ini bagaikan memori terindah buat kami semua yang berada di Langkawi untuk bertugas. Ini kerana seolah-olah kami memasuki ke dalam Zaman Kesultanan Melayu lama yang penuh ukiran motif, sopan apabila berbicara, dan lemah gemalai tarian si penari membuatkan kami lebih teruja dan terasa semangat gagah Pahlawan Melayu mula menular dalam diri.

Tema Bangsawan yang diilih kali ini bagaikan meresap ke dalam jiwa setiap Titanium yang hadir, kerana mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dek kerana ilmu yang Dr Azizan Osman curahkan kepada mereka dalam sesi bootcamp selama 3 hari ini. Sebelum itu mereka telah melalui Sesi One-On-One dengan Dr Azizan Osman secara personal yang membantu menyelesaikan pelbagai cabaran yang dilalui mereka dalam perniagaan.

Selain daripada itu, Titans juga lebih fokus dan mudah menerima segala ilmu serta mengikuti aktiviti yang disediakan sambil mengenakan busana bangsawan. Tampak lebih segak, cantik dan bergaya membuatkan kami puas dan tak menyangka mereka memberi sokongan 100% dengan apa yang kami cuba bawakan ke ICM kali ini.

Aktiviti kali ini juga berbeza di mana mereka diminta untuk membekalkan 2,000 biji sarung ketupat kepada penjual sarung ketupat dalam masa 15 minit. Pelbagai reaksi mereka ketika itu, ada yang dapat beli ketupat yang telah siap dianyam, ada yang dapat beli daun ketupat sahaja dan ada yang hanya dapat buat pertukaran duit syiling sahaja.

Apa yang mereka dapat belajar daripada aktiviti ini adalah tentang cara pemikiran seorang ketua supaya lebih membuka minda mereka untuk lebih bijak bahagikan setiap kerja-kerja kepada staf.  Bukan semua kerja perlu dibuat sendiri seperti Rashid Rashidah yang selalu Dr Azizan Osman katakana sebelum ini.

Di ICM Langkawi juga, hubungan silaturahim kami lebih rapat dan mesra. Malah disebabkan program seperti ini, kami dapat mengenali mereka dengan lebih rapat. Kebanyakan mereka yang bersama dengan Titanium adalah setahun, malahan ada Titans yang lebih dari setahun yang masih kekal bersama RichWorks untuk sama majukan perniagaan mereka. Ini menjadikan hubungan kami semakin rapat dan mesra.

Kami juga sentiasa berada di samping Titans untuk memastikan apa yang mereka pelajari supaya sentiasa selari dan memahami ilmu yang Dr Azizan Osman sampaikan kepada mereka. Alhamdulillah ramai Titans yang memberi maklum balas sangat bernilai. Kata mereka, ilmu yang mereka perolehi di ICM Langkawi kali ini sangat penting dan berguna malah dapat membuka mata mereka dengan lebih luas lagi.

Selain dari itu, pengalaman yang kami tidak dapat lupakan adalah apabila ada Titans yang menerima anugerah semasa di Majlis Penganugerahan Bangsawan Titanium. Hati siapa yang tak tersentuh apabila mereka mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kami dan juga Dr Azizan Osman yang banyak membantu mereka mengecapi kejayaan. Alhamdulilah! Jasa dan usaha yang tak seberapa ini dapat kami sumbangkan kepada mereka di samping berada bersama mentor kesayangan mereka iaitu Dr Azizan Osman. Kesimpulannya sepanjang program ICM ini berlangsung, banyak pengalaman menarik yang berlaku, dan ini adalah ICM yang tidak dapat dilupakan kerana tema Bangsawan ini mengingatkan kami dengan zaman dahulu kala yang penuh budi bahasa yang tinggi dan warna-warni keseniannya. Apa pulak tema yang bakal kami bawakan untuk ICM akan dating? Nantikan yea…

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>