Ads

Shah Alam – Majoriti usahawan yang menghadapi masalah tidak pernah nampak dan tahu keuntungan syarikat milik mereka kerana tidak peka terhadap kepentingan dalam mengurus dan kawal aliran keluar masuk tunai syarikat.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah keseluruhan kes Penggulungan Syarikat (secara terpaksa dan sukarela) di Malaysia yang ditadbir sehingga Disember 2017 adalah sebanyak 38,093 kes di mana 23,408 kes secara terpaksa dan 14,685 secara sukarela.

Melalui kajian sama yang dijalankan, didapati punca utama penggulungan syarikat-syarikat ini bagi bulan Disember 2017 sahaja adalah kerana masalah tidak mampu bayar hutang perniagaan iaitu sebanyak 1,091 kes.

Pada 6 Oktober lalu telah berlangsung program Pengurusan Aliran Tunai dan Asas Kewangan Perniagaan bertempat di Wisma Richworks dan disampaikan oleh Tuan Nasrul Hadi, Chartered Accountant (M). Sistem aliran tunai ini bukan hanya untuk ‘nampak’ ada berapa banyak angka di dalam akaun secara virtual tapi juga secara realitinya memang bisnes mereka ‘berduit’.

Cashflow ini penentu pada pengurusan kewangan syarikat – tentang unjuran projek tahunan, pengiraan kos, untung, target keuntungan, simpanan, pelaburan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.

Cashflow setiap bisnes sangat mustahak untuk dikawal selia. Penting untuk tahu kadar aliran keluar masuk dan segala tatacara berkaitan kerana cashflow inilah sebenarnya yang menentukan tahap kesihatan sesebuah bisnes.

Tunai – Satu, memang mustahak untuk pusingan modal. Kedua, untuk gaji staff dan juga anda sebagai pemilik bisnes. Dan yang ketiga untuk rekod dan filing.

Kenapa perlu failkan segala transaksi keluar dan masuk syarikat? Supaya anda tahu ke mana dan untuk apa wang syarikat dibelanjakan, selain untuk tujuan pembinaan profil syarikat, inilah tiket untuk anda mendapatkan mana-mana funding atau bantuan kerajaan kelak kerana banyak dana yang disediakan oleh pihak tertentu ini tidak dapat diproses pada pemilik bisnes kerana kekurangan maklumat terperinci berkaitan nadi bisnes itu.

Rata-rata peserta yang hadir ke program ini akan dapat pelajari bagaimana mereka dapat:

  • Urus duit keluar/masuk untuk perbelanjaan bisnes setiap hari dan nampak dengan jelas ke mana perginya duit bisnes.
  • Dapat sahkan baki duit bisnes harian.
  • Dapat amalkan secara konsisten bayar gaji pekerja, bayar bil-bil berkaitan malah anda boleh bayar gaji sendiri dan simpan duit.
  • Belajar bagaimana cara yang betul menyediakan – Balance Sheet, Profit & Loss (P&L) dan penyata pendapatan.
  • Belajar cara asas bagaimana pentingnya ada sistem filing yang lebih teratur untuk pastikan ada dokumen sokongan yang lengkap untuk setiap transaksi duit keluar/masuk perniagaan.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi, C.A.(M) yang merupakan seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Beliau memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Beliau juga merupakan seorang pakar di dalam pengkhususan Pengurusan Tunai, Perakaunan & Percukaian untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>