
Tuan Meor Mengalirkan Air Mata Kongsikan Kisah Kejayaan Bisnesnya Kini. Tonton Hingga Habis Jika Anda Mahu Tahu Rahsia Kejayaannya…
Kali ini kami akan bawakan perkongsian khas cerita jatuh bangun seorang usahawan CCTV di Johor Bahru.
Beliau juga merupakan salah seorang ahli Titanium Circle RichWorks dan perkongsian beliau bagaimana hidupnya berubah dan turning point dalam hidupnya bermula setelah mengenali seorang lelaki bernama Dr Azizan Osman.
Pada permulaan bisnes Tuan Meor Syazali Mohamed, beliau banyak menerima tohmahan orang sekeliling dan orang memandang rendah keupayaan beliau untuk jalankan perniagaan. Tapi beliau tidak mempedulikan kata-kata orang lain dan terus fokus untuk membina bisnesnya.
Bermula pada tahun 2008, beliau menjalankan bisnes CCTV ini dan semua kerja dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Bak kata Dr Azizan Osman, buat bisnes ni jangan buat semua kerja sendiri. Kalau nak grow bisnes perlukan team.
Ketika itu macam-macam masalah yang beliau hadapi di antaranya pekerja yang tak kekal lama, bayaran pelanggan yang lambat dan hutang bertimbun yang perlu diselesaikan.
Berapa ramai di antara anda yang pernah mengalami nasib yang sama macam Tuan Meor? Adakah anda juga usahawan CCTV yang juga tersepit dengan beban hutang bisnes dan masalah pekerja?
Bila bisnes dah ada macam-macam masalah, tapi tiada bimbingan yang betul beliau hanya fokus untuk cari lebih banyak duit supaya bisnesnya dapat bertahan. Tetapi sayangnya…. kerana terlalu fokus mencari duit beliau telah abaikan KERAMAT HIDUP yang penting dalam hidupnya.
Tamparan hebat kepada beliau dan turning point dalam hidupnya bermula apabila beliau menyertai program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2016. Pada asalnya beliau rasa dirinya tak perlukan IMKK sebab dia sudah ada semangat untuk berbisnes.
Tapi.. di sinilah Tuan Meor Syazali menitiskan air mata seorang lelaki. Menurutnya, IMKK telah banyak membantu betulkan hal dalam beliau. Di IMKK beliau telah jumpa dan kenal diri beliau yang sebenar dan sedar selama ini beliau telah abaikan ibu dan bapa serta keluarganya kerana terlalu sibuk dengan bisnes, cari duit dari pagi sampai ke malam.
Perniagaan bukan hanya fokus pada Sales & Marketing semata-mata, tapi juga fokus kepada aspek keseluruhan kehidupan kita.
Berapa ramai di antara anda yang dah lama tak hubungi ibu ayah, sanggup lupakan keluarga demi kejar duit tapi tak ada hasil pun? Adakah anda pernah buat seperti apa yang Tuan Meor buat?
Menurut beliau juga, Dr Azizan Osman telah betulkan dirinya supaya berada di dalam landasan yang betul dan memberi kesedaran kepada beliau perniagaan bukanlah sekadar wang semata-mata, perniagaan perlu memberi nilai dan perlu bantu orang lain di sekeliling kita.
Sepanjang berada di dalam Titanium Circle, beliau tidak risau lagi dan lebih meluangkan masa dengan orang tersayang kerana semua kerja telah diserahkan kepada teamnya dengan sepenuh kepercayaan kerana dia yakin dengan teamnya yang begitu komited setelah dibimbing sendiri oleh MenThor, Dr Azizan Osman melalui sesi Executive Coaching (EC).
Berada di dalam Titanium Circle juga, beliau dah semakin jelas dengan hala tuju MEMIS CCTV untuk 10 tahun akan datang. Impian beliau bersama team ingin lihat MEMIS CCTV akan berdaftar di Bursa Saham Kuala Lumpur, target jualan mencecah RM 50 Juta setahun, mempunyai 10 buah cawangan dan memiliki wismanya sendiri.
Tuan Meor Syazali amat berterima kasih kepada Team RichWorks yang padanya telah memberi sesuatu yang amat mahal iaitu bantu untuk membentuk sifat leadership bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada teamnya juga.
Harapan Tuan Meor Syazali walaupun keahlian beliau sebagai Titanium Circle bakal tamat pada Disember ini, beliau masih berharap untuk renew keahliannya bersama Titanium RichWorks supaya beliau dapat terus sambung belajar bersama MenThor beliau Dr Azizan Osman kerana bagi beliau hanya RichWorks dan Dr Azizan Osman yang boleh bimbing diri dan bisnesnya ke arah lebih baik.
Berapa ramai di antara anda yang menggunakan perkhidmatan CCTV untuk rumah atau pun pejabat anda? Pernah tak terfikir yang bisnes seperti ini juga mampu berkembang dengan bimbingan yang betul? Dan pernah tak anda terfikir kaum Bumiputera juga mampu dan boleh menguasai bisnes CCTV?
Kami bangga melihat progres dan perubahan yang berlaku pada diri Tuan Meor Syazali dan bisnesnya. Melihat kejayaannya membuatkan kami yakin bahawa anda di luar sana juga mampu berjaya dan kami sentiasa bersedia untuk bantu anda.
Antara program RichWorks yang beliau pernah hadiri adalah Advance Marketing Power (AMP) pada tahun 2012 atau sekarang lebih dikenali sebagai Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan Master Your Business (MYB) pada tahun 2014.
Anda kenal tak sesiapa yang mengalami situasi seperti ini dalam bisnes mereka? Ajak mereka tonton perkongsian istimewa dari Tuan Meor Syazali.
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#ICMDesaru2019