
Hidup. Semua orang nak hidup yang selesa, semua orang nak hidup senang. Tapi belum tentu semua orang tahu macam mana nak ada hidup yang lebih terjamin masa depannya. Ada orang rasa dah bekerja tetap, setiap bulan dapat gaji itu dah memadai. Ada juga orang yang struggle setiap bulan untuk survive dalam meneruskan kehidupan.
Dan inilah yang berlaku sendiri kepada Tuan Nor Azri Ariffin. Bekerja sebagai Penjawat Awam dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan, cabaran nak teruskan kehidupan setiap hari bersama keluarga sangat mencabar.

Sering tertekan dengan duit untuk perbelanjaan harian yang tak pernah cukup disebabkan komitmen bulanan yang tinggi. Tanpa ada ilmu tentang pengurusan duit yang betul, Azri rasakan dengan menggunakan kad kredit untuk kegunaan perbelanjaan makan dan pembelian barang dapur masalah Azri akan selesai.
Malangnya setiap bulan jumlah hutang kad kredit semakin bertambah dan Azri pula tidak ada pendapatan tambahan untuk selesaikan hutangnya. Hidup dah semakin tertekan, Azri perlu cari jalan untuk selesaikan masalah hutangnya, kalau tidak, susah untuk Azri teruskan kehidupan bersama keluarga. Belenggu hutang yang banyak hampir hancurkan hidupnya. Dia tak mahu terus jadi perompak duit bisnes sendiri.
Nekad mahu keluar dari belenggu hutang yang tak pernah selesai, Azri buat keputusan untuk mula berniaga pada tahun 2015. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan sahaja dengan harapan segala masalah hutang dapat diselesaikan dengan segera dan BIG WHY utama Azri adalah mahu bantu emak dan ayahnya.
Tapi nasib masih tak menyebelahi Azri…walaupun bisnes agak baik, tetapi kerana masih tiada ilmu dalam pengurusan duit, masalah yang sama tetap muncul dan Azri masih gagal uruskan duit dan hutangnya.
Dua tahun berniaga tanpa ilmu akhirnya Founder MIABELLA ini nekad mahu mencari ilmu dan pada tahun 2017 Azri mula hadir ke Program anjuran RichWorks. Setiap program RichWorks Azri tidak pernah terlepas untuk hadir sehinggalah Azri menemui jalan penyelesaian kepada masalah hutang yang ditanggungnya.
Bermula di Entrepreneur Foundation Program (EFP) Azri belajar banyak perkara tentang aspek Asas Pengurusan Bisnes dan pentingnya Pematuhan kepada undang-undang yang terlibat dalam bisnes. Azri tidak berhenti belajar setakat itu saja di EFP. Azri teruskan lagi hadir dan belajar di Smart Cashflow Management (SCM) dan Cost Analysis Mastery (CAM) dan sejak itu bermulalah perubahan besar dalam bisnes Azri.

Selama ini Azri berniaga dalam keadaan Cashflow bisnes dan personal berterabur, tak pernah nampak duit dalam syarikat, tak tahu apa kos yang sebenar dalam bisnes dan tak berani nak ambil pekerja sebab takut tak mampu nak bayar gaji pekerja.
Nak bayar gaji pekerja pun Azri takut tak mampu, bayangkan macam mana pulak nak bayar gaji diri sendiri? Azri tak pernah sedar yang selama ini dia sendiri dah jadi PEROMPAK dalam bisnesnya. Duit bisnes dihabiskan hanya untuk perbelanjaan peribadi.
Azri tak pernah ambil tahu pun berapa duit bisnes yang masuk dan berapa duit bisnes yang keluar sebab dia tak ada sistem rekod yang betul. Azri sendiri tak tahu di mana tahap kesihatan bisnesnya. Bisnes mula stuck dan tak boleh berkembang ke level yang lebih tinggi.
Tetapi kini Azri dah mampu tarik nafas lega. Cashflow bisnes dan peribadinya semakin teratur, Azri dah mula ambil gaji dan bukan lagi merompak duit bisnes. Azri dah mula nampak duit dalam syarikat, kalau dulu semua kerja kena buat sendiri, sekarang Azri dah boleh delegate kerja pada staf dan ajar mereka.
Paling penting Azri dah mula berani ambil pekerja dan sekarang sudah mempunyai 5 orang pekerja. Azri juga dah mula menyimpan lebih banyak duit, ambil gaji untuk diri sendiri sebagai founder dan profile kewangan Azri dah semakin baik di mata pihak bank.
Jika dulu pada awal-awal perniagaan, Azri hanya mampu buat sales sebanyak RM5-10 ribu sebulan, selepas hadir ke Program RichWorks dan mempunyai Pengurusan Bisnes yang betul, setakat Jun 2019 saja Azri telah pun mencapai jualan sebanyak RM1 juta pertamanya.
Menurut Azri juga, tiada apa yang lebih manis dalam hidupnya selain dapat berbakti kepada emak dan ayahnya, ubah kehidupan keluarga dan bahagiakan isteri serta anaknya. Dengan kejayaan dalam bisnesnya, Azri dah berjaya ubah taraf hidup keluarganya yang dulu susah kini lebih selesa dan berkemampuan.
Azri juga dapat cukupkan simpanan emak dan ayahnya untuk ke Tanah Suci, Azri juga dapat selalu bawa emak dan ayahnya bercuti serta sediakan kelengkapan emak dan ayahnya setiap bulan.
Bagi Azri juga, kesan daripada ilmu urus Cashflow yang dipelajarinya, jika dulu hanya berniaga dari boot kereta, kini Azri dah berjaya buka butik miliknya sendiri tanpa buat sebarang pinjaman. Azri berjaya selesaikan hutang kad kredit miliknya selama ini dan paling manis bagi Azri, apabila dapat beli sebuah kereta impian untuk isterinya.

Menurut Azri, dirinya bersama isteri sentiasa rasa terhutang budi kepada RichWorks kerana sejak 2017 sehingga sekarang dah banyak ilmu dan perubahan yang Azri dapat dari RichWorks.