Ads

Kenapa tamak?
Siapa yang tamak ni?

Ramai orang selalu merungut dia tak ada masa, tak cukup masa sebab handle terlalu banyak perkara dalam satu masalah. Berapa ramai antara anda yang pernah atau sedang berada dalam situasi ni? Jangan mengaku lagi… ada satu kisah yang anda patut tahu dan dengar tentang ‘tamak’ rezeki.

Ada satu kisah seorang guru, beliau bekerja sebagai seorang guru tapi dalam masa yang sama, berbisnes. Semuanya bermula bila kakak beliau ada pengalaman dan kemahiran buat kek selama lebih 20 tahun. Dari situ, beliau mula ada idea untuk ikut kakaknya disebabkan beliau fikir kakaknya pandai bisnes kek. 

Langkah pertama yang beliau ambil ialah beliau ambil dan pinjam duit dalam jumlah beberapa puluh ribu untuk memulakan bisnes kek tersebut. Tapi, sayangnya, disebabkan tiada ilmu untuk berbisnes, bisnes kek itu sudah hampir ditutup dan hampir melingkup. Keadaan ini menyebabkan beliau rugi sebanyak RM50,000.

Nasib beliau baik kerana beliau buat keputusan untuk datang ke kelas atau program RichWorks dan belajar ilmu bisnes. Sehingga beberapa lama menuntut ilmu bisnes, jualannya naik sehingga RM60,000 sebulan selepas hampir lingkup bulan sebelumnya. 

MenThor Dr Azizan Osman yakin jika beliau terus komited maintain dan kekalkan untuk capai RM60,000 sebulan. Siapa sangka, jika jualan itu dikekalkan setiap bulan sehingga cukup setahun, jualan setahun beliau sudah boleh mencecah RM720,000.

Tambahan lagi, kalau beliau boleh maintain untuk capai RM60,000 sebulan, beliau sepatutnya dah boleh berhenti jadi seorang guru. Kalau beliau ambil keputusan untuk berhenti sebagai guru, beliau dah boleh fokus pada bisnes dan beri peluang pada orang lain yang betul-betul nak berbakti sebagai seorang guru. 

Ini masalah ramai orang yang berniaga sebab ramai antara mereka berniaga bersungguh tapi end up tak ada masa. Sedangkan, orang lain berniaga sehingga berniaga jadi kaya sampaikan boleh beli hartanah. 

Masalahnya, ramai orang yang tak nak ubah hidup kita sendiri. Kalaulah anda berada di tahap hidup yang biasa-biasa atau susah tapi tak nak ubah hidup, tak ada siapa boleh ubahkan. Anda mesti tahu ayat ni, “Tuhan takkan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia sendiri ubah nasib dia”. Fikir-fikirkan…

One comment

  • Nor husa azlina husim
    Nor husa azlina husim
    Reply

    Ada ilmu ada tindakan in shaa Allah kejayaan pasti jadi milik kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>