Ads

Setiap manusia mahukan rezeki mereka melimpah ruah tak kira dari segi kewangan ataupun perkara yang lain. Kadang-kadang rezeki susah masuk sebab magnet diri kita yang lemah. Allah S.W.T suka orang yang berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan kepada setiap umat Islam.

Rezeki Allah S.W.T itu luas. Setiap rezeki yang diberikan kepada umatnya dalam keadaan yang berbeza. Jadi kita sebagai umatnya harus bersyukur ke atas rezeki yang diberi. Tapi awas!  Jangan kufur dan bersangka buruk terhadap nikmat yang diberikan, pintu rezekinya pasti akan sempit.

Bagaimana untuk membuka rezeki yang tertutup agar lebih lancar dan melimpah ruah? Kami berikan 3 panduan untuk anda lakukan pada tahun 2019 ini. Mudah mudahan rezeki anda akan lebih murah untuk tahun ini.

1) The Power of Silaturrahim

Satu perkara yang selalu Dr Azizan Osman tekankan kepada anak didik beliau dalam hampir setiap programnya iaitu menjaga silaturrahim. Mungkin bagi kita ia hanya sepatah perkataan yang tidak mempunyai makna besar. Namun berdasarkan pengalaman yang dialami beliau, sebesar manapun cita-cita dan impian, sebagus mana tindakan yang anda buat, selagi anda memutuskan atau tidak menjaga silaturrahim, susah untuk anda berjaya. Kalau berjaya pun, pelbagai halangan yang anda akan tempuhi.

Inilah penyebab rezeki anda tersekat dan tertutup. Hubungan dengan Allah S.W.T terutamanya harus dijaga kerana dengan Dia lah kita akan memperoleh rezeki.

“Paling saya sedih bila dengar cerita tentang hubungan yang tak berapa bagus antara ibu dan anak, ayah dan anak, adik beradik, kakak dan abang, suami dan isteri sedangkan inilah kunci kemurahan rezeki dan keberkatan dalam hidup,” ujar beliau.

Bagi si isteri pula, kunci keberkatan adalah pada suami mereka. Untuk suami, kunci keberkatan mereka adalah pada ibu dan ibu mertua. Nampak remeh, namun perkara inilah yang payah untuk kita jaga. Bila ada depan mata, tak layan. Tapi bila dah tiada barulah nak menangis meratapi!

2) Selalu bersedekah

Orang cakap kalau nak bersedekah kena bagi seikhlas hati. Apabila kita memberi dengan banyak, maka akan banyak doa yang akan dikirimkan kepada anda. Semakin banyak doa maka ia akan memberikan anda kekuatan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki daripada Allah S.W.T.

…wahai orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu..
(Al-Baqarah : 254)

Kalau bersedekah, in Shaa Allah rezeki nanti akan melimpah ruah. Malah hidup akan lebih diberkati.

3) Bersyukur

Selalu syukur dengan apa yang anda dapatkan ketika ini. Selalu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan anda rezeki. Rasa terima kasih ini akan membuang sikap dan energi negatif seperti tamak dan sombong.

Bagi anda yang memiliki bisnes sendiri, anda mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap kelancaran keseluruhan operasi syarikat anda. Percaya atau tidak, semakin banyak anda memberi semakin cepat dan mudah anda mencapai segala impian-impian anda.

Tapi masih ada golongan di luar sana yang tidak yakin dengan idea ini. Malah, kebanyakan ahli bisnes masih hidup dikelilingi oleh mitos atau kepercayaan ‘miskin’ sepanjang hidup mereka. Sebenarnya, mitos ini tidak betul sama sekali.

Ada beberapa sebab kenapa kita semua perlu sangat memberi dan menyumbang dalam kehidupan kita. Antaranya dengan bersedekah, ia dapat membersihkan hati dan jiwa seseorang, penyebab untuk perbanyakkan harta, mendapat kasih sayang Allah S.W.T, penyembuh penyakit dan juga mendapat ketenteraman hati. Jadi, tak salah bersedekah supaya hidup kita akan lebih dilimpahi rezeki dan mendapat berkat.

Ads

One comment

  • Mat Nawi Bin Deraman
    Mat Nawi Bin Deraman
    Reply

    Saya nak RM50K Setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>