
Adakah anda pemilik produk atau tawarkan perkhidmatan? Ketahui perbezaan dan kebaikan antara kedua-duanya.
Produk atau perkhidmatan? Yang mana mudah untuk dipasarkan? Yang mana lebih laku keras? Yang mana satu idaman kalbu?
Jika anda fikir cara berniaga produk dan servis adalah sama, anda sebenarnya silap dan jika anda fikir cara perniagaan keduanya berbeza – anda juga silap. Jadi yang mana betul? Apa yang anda perlu tahu sebenarnya ialah sama ada anda bisnes produk atau perkhidmatan, ianya ada kekuatannya tersendiri dan cara pemasarannya tersendiri.
Sebagai contoh – Jika anda ada produk, ianya lebih mudah untuk anda terangkan dengan lebih jelas kepada pelanggan kerana anda boleh tunjukkan produk anda, dan pelanggan boleh lihat, pegang, hidu dan dengar atau rasa dengan menggunakan semua deria yang anda ada. Ada dapat berikan pengalaman kepada mereka untuk merasainya dan menyentuh emosi mereka dengan menggunakan deria. Seterusnya ia boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk membuat pembelian.
Tapi untuk perkhidmatan, anda sukar untuk menjelaskannya kerana ianya dalam satu bentuk benda. Tapi anda boleh ceritakan proses, tunjukkan perkhidmatan yang anda tawarkan melalui video, tunjukkan juga testimoni pembeli yang telah menggunakan perkhidmatan anda dan ini akan membantu pelanggan membuat keputusan.
Produk mampu menjadi milikan sepenuhnya kepada pelanggan. Bila mereka telah membuat pembelian, produk akan menjadi miliknya di mana mereka boleh simpan. Tetapi untuk perkhidmatan, mereka tidak dapat simpan melainkan pengalaman dan kenangan ketika menggunakannya.
Sebab itu, bila anda menawarkan perkhidmatan, adalah bagus untuk anda berikan sesuatu untuk mengingatkan kembali mereka kepada pengalaman menggunakan perkhidmatan anda. Contoh – perkhidmatan penerbangan, anda hanya menikmatinya ketika anda berada di kaunter pembelian tiket sehinggalah anda turun dari penerbangan tersebut. Apa yang membuatkan mereka ingat ialah kualiti servis yang cabin crew berikan. Anda juga mungkin akan dapat sedikit cenderamata jika anda menaiki business class yang membuatkan anda teringat kepada perkhidmatan dan layanan yang mereka berikan.
Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk anda, mereka masih boleh memulangkannya. Jika mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan anda? Mereka mungkin akan berikan maklumbalas dan tak akan menggunakan perkhidmatan anda lagi. Sebab itu ianya penting untuk anda membina kepercayaan pelanggan, dengan memberikan layanan yang terbaik terutamanya dalam bisnes perkhidmatan.
Produk atau perkhidmatan – apa yang penting adalah bagaimana anda memberikan ‘nilai’ dan pengalaman terbaik kepada pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Jika produknya bagus tapi anda gagal memberikan layanan terbaik, lama kelamaan – pelanggan akan lari dari anda. Perkhidmatan yang bagus tetapi anda gagal memberikan ‘after sales service’ yang baik pelanggan juyga boleh meninggalkan anda.
Jadi, antara produk atau perniagaan, sememangnya ada kekuatan dan kelemahan masing-masing dan ada Unique Selling Propositionnya yang tersendiri. Andalah yang perlu bijak untuk ‘highlightkan’ kebaikannya dan perbaiki kelemahannya.