Ads

Alhamdulillah dah masuk 10 Ramadhan, pejam celik sekejap je nanti dah masuk musim Raya.. eh runsing la.. macam mana nak make sure Cashflow ok ni? Aduhh… gaji staf lagi. Baru plan nak bagi duit raya kat staf… tapi boleh ke ni? Bisnes aku ada DUIT ke? Tak tau bisnes untung ke rugi ni..

Selalunya, usahawan tak sedar bila tiba musim raya mereka akan banyak berbelanja. Nak bayar bonus, duit raya staff, nak buat majlis open house raya, nak tukar perabot office, nak belanja raya untuk diri sendiri dan keluarga lagi.. belum ambil kira lagi tentang urus perbelanjaan operasi selepas musim raya.

Malangnya, ramai yang tak bersedia dari segi cashflow untuk semua perbelanjaan ini, dan sangat malang lagi bila ramai usahawan tak sedar sales mungkin akan menurun di musim ramadhan dan selepas raya.

Jadi nak guna duit dari mana? Macam mana nak berbelanja kalau duit tak ada? Nak jadi peniaga atau pemilik bisnes, anda perlu bijak bertindak. Setiap satu keputusan yang anda buat memberi impak pada keadaan bisnes anda.

Ada 5 persoalan yang anda perlu tanya diri sendiri:

✔ Adakah selama anda berniaga sehingga hari ini, anda sudahpun membuat dan menyimpan rekod aliran tunai harian kedai atau syarikat anda?

✔ Persoalan seterusnya yang perlu anda tanyakan pada diri anda, jika anda sudah membuat rekod aliran tunai perniagaan, adakah anda melakukannya dengan konsisten setiap hari TANPA GAGAL?

✔ Adakah anda peka dan pasti kemana perginya duit syarikat anda? Untuk apa anda belanjakan wang tersebut?

✔ Sudahkah anda membuat simpanan untuk syarikat anda? Jangan ingat simpanan hanya perlu untuk peribadi sahaja, kerana sesebuah syarikat sepatutnya memiliki simpanan yang sekurang-kurangnya mampu membuat syarikat anda bertahan selama 6 bulan jika berlaku kecemasan atau perkara yang tidak diingini.

✔ Seperkara lagi yang sering para usahawan terlupa ialah untuk mengasingkan kategori perbelanjaan dan jumlah anggaran tunai untuk setiap satu kategori. Kenapa perlu anggaran? Supaya anda tidak terlebih belanja yang bakal menyusahkan syarikat anda sendiri di kemudian hari.

Peniaga yang bijak juga akan tahu bagaimana cara yang tepat untuk menguruskan perbelanjaan asas syarikat, seperti gaji pekerja, dan bil-bil semasa. Syarikat memerlukan pekerja dan mereka memerlukan gaji. Jika anda tidak bayar tepat masa, kemungkinan mereka kurang bersemangat dan tahap tidak produktif dalam melaksanakan kerja itu sangat tinggi.

Adakah anda dah mula bertanya pada diri sendiri dan rasa dah buat kesilapan dalam pengurusan aliran tunai perniagaan anda? Adakah anda mula sedar yang anda belum lagi buat apa-apa persediaan pada Cashflow bisnes untuk menghadapi musim Puasa dan musim Raya?

LAST CALL! Peluang untuk anda yang mahukan bisnes anda ada duit lepas Raya! Kami boleh bantu anda selesaikan isu dan masalah Cashflow bisnes anda? Kami boleh bantu anda untuk terus tersenyum bila setiap hari dan bulan check duit baki dalam akaun bank sentiasa ada duit. Dan kami boleh bantu anda dapatkan semula tidur malam yang lena tanpa rasa stress nak fikir masalah kewangan bisnes anda.

Program Smart Cashflow Management (SCM) objektifnya adalah untuk membantu usahawan mencapai pengurusan kewangan bisnes yang bersistematik dan efektif serta mahir tentang pengurusan Cashflow dengan mengajar kepentingan rekod aliran tunai keluar/masuk secara konsisten tanpa gagal setiap hari.

Program ini telah bantu lebih dari 2000 usahawan dan staf mereka untuk celik dan tahu tentang kepentingan urus dan kawal cashflow dalam perniagaan. SCM akan dikendalikan oleh Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) yang akan bantu anda betulkan masalah Cashflow dalam bisnes anda dan BONUS – Anda akan diajar bagaimana perlu ada dan sediakan sistem filing yang betul.

Selain itu juga, Tuan Nasrul akan berikan kepada anda Template Cashflow yang diguna sendiri oleh RichWorks secara PERCUMA untuk mereka yang hadir.

Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) adalah seorang Akauntan Kanan di Richworks Group of Companies. Memiliki pengalaman lebih daripada 10 tahun melibatkan perkhidmatan perundingan perakaunan, audit, percukaian dan sumber manusia kepada pelanggan dalam pelbagai industri, dengan tumpuan kepada aspek pematuhan dan perihal pengurusan perniagaan.

Program SCM akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Shah Alam, untuk maklumat lebih lanjut tentang program SCM, anda boleh Whatsapp wasap.my/60162103090 atau layari www.nakurusbisnes.com

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>