Ads

Kalau anda, macam mana rasanya bila dikatakan bodoh?

Sehingga tahap dipinggirkan oleh cikgu sendiri…

“Bayangkan ada satu hari tu, cikgu kelas bawa semua rakan sekelas masuk pertandingan melainkan saya dengan sorang lagi kawan. Kerana apa? Kerana kami adalah pelajar yang tidak pandai.”

“Disebabkan cikgu bawa semua kawan-kawan yang lain, kami berdua kena tumpang kelas sebelah. Rasa sangat malu,sedih dan rasa sangat tak berguna. Pada waktu itu cikgu kelas sebelah yang kami tumpang sentiasa pujuk kami.”

“Waktu dalam kelas biasa, cikgu asingkan antara budak kelas yang duduk belakang dengan budak kelas yang duduk depan yang dijangka dapat A. Saya adalah budak kelas yang duduk belakang. Tak ada tumpuan diberikan pada saya dan lepas kepututsan peperiksaan sekolah rendah keluar memang saya gagal,” kata Mohamad Rajaei Mohamad Ali, pengasas kepada Pusat Tuisyen Maths Catch yang merupakan specialist untuk subjek Matematik.

Lahir dalam keluarga miskin dengan ayah yang hanya bersekolah hanya darjah 6, dan berniaga berniaga di pasar malam jual baju, hidup beliau sangat susah. Kalau diingatkan kembali boleh menitis air mata.

Bukan setakat tu sahaja, beliau juga pernah makan mi segera kerat dua! Ini bukan cerita yang dibuat-buat ye, ini adalah kisah benar yang berlaku kepada salah seorang #AnakDidikDrAzizanOsman yang mengalami pelbagai rintangan hidup untuk berjaya.

Bagaimana sekarang beliau mampu ada Pusat Tuisyen sendiri?

Bagaimana sekarang boleh buat sales bisnes sehingga cecah RM1 juta…

Anda tonton video ni sekarang. Pasti anda akan belajar sesuatu.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>