Ads

Ramai peniaga tak nak pandang penting 8 perkara yang kami nak kongsikan ni.  Bagi mereka, bisnes hanya perlu tahu macam mana nak buat sales. Malangnya, mereka lupa bila berniaga mereka terikat dengan banyak akta dan undang-undang yang kalau tak dipandang, tak diambil tahu akan menyebabkan lebih banyak masalah berlaku dalam perniagaan dan buatkan kehidupan anda pun akan lebih huru-hara serta tunggang-langgang.

Antaranya ialah:

1. Akta Syarikat 2016 berkenaan dengan Single Person Company. Apa perbezaan nyata berbanding dengan Akta Syarikat 1965 selain daripada syarikat Sdn Bhd boleh ditubuhkan dengan hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham. Kami akan kongsikan tentang kebaikan bisnes melalui Enterprise, Partnership dan Limited Liability Partnership.

2. Akta Cukai Pendapatan 1967– Topik penting berkenaan cukai individu dan syarikat serta cukai-cukai lain yang wujud di Malaysia. Tuan Nasrul Hadi C.A.(M) akan kongsikan strategi cukai dengan anda…anda mesti terpikat dengan cara beliau terangkan betapa mudahnya untuk jadi usahawan yang patuh cukai.

Kita bincang sama-sama tentang salah anggap tentang cukai ini dan boleh juga kita bincangkan case study orang dan syarikat yang mengelak dari membayar cukai dan apa musibahnya.

3. Akta SST 2018 – Topik yang rumit tapi Tuan Nasrul akan cuba sedaya upaya untuk beri anda kefahaman. Buat bisnes ni banyak benda yang kita tak boleh jangka dan ‘Sikit-Sikit Terkejut’.

4. Akta Pekerjaan 1955 – Topik tentang hak majikan dan hak pekerja. Rahsia bagaimana melalui pengalaman Tuan Nasrul bersama RichWorks menghadapi isu atau masalah berkaitan manusia atau lebih mudah, pekerja. Tuan Nasrul juga akan kongsikan ilmu bagaimana untuk membuat saringan atau proses interview yang betul mengikut cara RichWorks.

5. Banking – Beliau akan kongsikan tips bagaimana bank membuat penilaian tentang permohonan pinjaman anda. Apa perspektif mereka, cara mereka fikir dan cara mereka nilai. Alhamdulillah, kami gembira bila ada peserta yang mampu memiliki rumah untuk tujuan pelaburan dengan kaedah profiling magik ini.

6. Harta Intelek – Tentang kepentingan menjaga harta intelek anda yang akan menjadi harta tidak nyata dalam syarikat. Untuk penerangan lebih mudah lagi, Tuan Nasrul akan kongsikan case study beberapa isu dan kes yang berkaitan dengan Harta Intelek.

7. Accounting & Cashflow – Topik ini sangat menarik!! Kami pasti ramai yang “krik-krik” dengan bab ni. Kami tahu subjek ini memang paling dibenci di sekolah. Tapi inilah nadi bisnes anda. Juga inilah cara kita mengukur tahap kesihatan kewangan bisnes kita. Setelah penat berhempas-pulas berusaha untuk cari sales dan bawa duit masuk, ke mana perginya duit tu? Tuan Nasrul akan kongsikan nanti. Trust him! Accounting with him will be fun and you will fell in love with your own bank accounts.

Juga topik Cashflow. Jangan risau, kami berikan template untuk anda pakai dalam bisnes anda. Siap diajar lagi bagaimana membina tabungan syarikat sehingga boleh menjadi Cash Rich Business. Dengan cara ini akan berkuranganlah perompak-perompak yang suka merompak hasil syarikat. Lebihan wang ini boleh dilabur dan kemudian duit boleh buat duit dengan sendirinya.

8. Perundangan – Tuan Nasrul akan terangkan bagaimana ‘Legal System’ di Malaysia berfungsi. Juga kami berikan template beberapa agreement yang anda boleh terus pakai. Kepada agen, stokis dan beberapa template lain. Pakailah. Protect yourselves! Protect your business.

Tapi nampak semua macam kena belajar pasal akta aje nie.  Eh! Eh! Anda berbisnes, secara tak langsung memanglah segala aktivitinya termaktub dalam akta-akta nie. Kita berbisnes dengan manusia, bukan Godzilla. Jadi ada panduan yang jelas untuk kita patuhi. Tuan Nasrul tak suruh anda buka pun buku Akta Cukai Pendapatan 1967 yang setebal 1,168 mukasurat tu.

Tuan Nasrul akan permudahkan  anda faham tentang 8 perkara ni  supaya anda boleh berbisnes dengan lebih baik, jika anda praktikkan dan akhirnya ada masa buat duit dan buat lebih banyak duit.

Jika anda nak tahu lagi tentang Entrepreneur Foundation Program (EFP) yang akan diadakan pada 28-30 Jun 2019 ini di Ideal Convention Center, (IDCC) Shah Alam, layari www.richworks.com/efp untuk dapatkan seat atau Whatsapp Pegawai kami wassap.my/60162614439 sekarang.

Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>